Sunday, November 29, 2009

Dia Ayahku...

Aku di buai resah..semalaman berfikir tentang perkara yang tak logik di akal.Kata-kata itu sememangnya benar-benar menusuk segenap ruang hatiku. "Perempuan sombong! Mentang-mentanglah lawa...Heiii ingat sikit yang engkau tu anak luar nikah!!" Aku memandang tanpa berkelip ke arah budak lelaki yang tak asing kesamsengannya kat sekolah ini. "Apa maksud kau? Janganlah fitnah aku yang bukan-bukan hanya sebab aku tak layan kau!." Sindiran yang ku kira tak terlalu pedas membuatkan lelaki itu terkulat-kulat.Liya di sebelahku tersenyum mengejek. Lelaki itu nampak tak sabar. Berang dengan tindak balas yang diterima. "Marisa, aku tak tipu kau lah.. Kitakan sekampung.semua orang tau yang kau anak luar nikah. Cuma diorang tak nak bising sebab hormat kat mak engkau sebagai ustazah. Lagipun, engkau dan adik kau tu pernah ke jumpa bapak kau?" Lantang lelaki itu bersuara. Aku terdiam. Menafsir setiap kebenaran kata-kata lelaki itu.Dia tersenyum melihat reaksi aku yang tidak seberani tadi. "A'ah la Marisa. Aku pernah dengar hari tu ayah aku cerita kat mak aku, dia kata lelaki yang mengandungkan kau dan adik kau tu pembunuh!!" Sampuk Loqman, teman sesamseng Iqbal.Derai ketawa mereka pecah. Mataku berkaca menahan sebak di dada. "Heiii.. jaga sikit mulut korang tu. Aku report kat cikgu disiplin nanti yang kau buli Marisa." Bicara Liya dengan penuh ketegasan. Dia kemudiannya menarik lenganku dan kami berlalu pergi. Meneruskan perjalanan pulang yang terkandas. "Kau jangan fikir yang kau tu anak kesayangan cikgu, kau boleh report kat cikgu.. Nahas kau nanti!' Kata-kata amaran seperti itu sememangnya telah terlalu biasa aku dengar. Kami terus mengatur perjalanan. Dan akhirnya, air mataku tumpah jua. Perlahan-lahan aku menyekanya supaya tidak terkesan oleh Liya, sahabat dunia akhiratku. "Mar, kau jangan dengar cakap si Iqbal tu. Kau bukannya tak tau yang dia sakit hati sebab kau tolak cinta dia." Aku mengangguk sebagai tanda memberi respon.


Marisa, tengokkan pengat yang ummi masak tu." Panggilan ummi dari dapur membuatkan lamunanku terhenti. Aku bergegas ke dapur tanpa menyahut panggilan Ummi. Aku melihat Ummi tak menang tangan menyiapkan makan tengahari kami. Walaupun sibuk dengan tugasan sebagai seorang ustazah yang mengajar di sebuah sekolah menengah, rutinnya sebagai seorang ibu tak pernah dilupakan. Itulah ummiku. Sememangnya hiduku sempurna walaupun tak seperti keluarga lain. Ummi berperanan sebagai ayah dan ibu. Ayah? agh.. ingatanku singgah lagi pada sebaris nama itu. Namaku Nurmarisa binti Ahmad Saufi. Kalau aku ini anak luar nikah, nama ayahku mungkin Abdullah dan bukannya Ahmad Saufi. "Marisa?" "Marisa?" Panggil ummi. Ya Allah, aku mengelamun lagi. "Ya Ummi.." Ummi menggeleng. Dia bangun dari kerusi dan berdiri di sisiku. Ummi memandangku dengan penuh kasih dan membelai-belai rambut lurusku. "Ummi tau, anak ummi ni dah terlalu matang dan berhak untuk berfikir tanpa mendapatkan pandangan dari ummi." Ummi diam. Menyusun kata-kata seterusnya. Ummi memang begini. Berbicara secara berlapik. "Tengok tu.." Ummi dan aku serentak memandang pengat keledek yang hampir hancur di dalam periuk. Aku memandang Ummi. Ummi senyum.. "Tapi, Ummi tak izinkan kalau Marisa berfikir sampai pengat keledek ni tak boleh di makan."Aku senyum. "Kenapa ni? Marisa macam ada masalah yang rumit untuk diselesaikan.." Macam tu lah Ummi aku. Dapat membaca setiap fikiran anak-anaknya. Aku menggeleng. Jika soal ayah dijadikan persoalan, memang Ummi tak pernah memberikan jawapan. "Mesti ada seorang teruna yang sedang mencuri hati Marisa." Aku tersenyum lega. Nasib baik kali ini, Ummi silap menilai.


Seperti kebiasaannya, setiap pagi adikku Imran akan menghantar aku ke sekolah. Kerana jarak sekolah yang berdekatan, dia tidak betah secara tidak langsung menjadi pemandu setiaku. Cuma, waktu pulang dari sekolah saja dia tidak mengambilku. Biasalah, sebagai pelajar tingkatan 6 atas, aku selalunya pulang lewat, berbanding dengan adikku yang baru tingkatan 5. Sebetulnya, umur Imran cuma muda setahun dari aku. Oleh kerana dia bersekolah agama, dia terpaksa menduduki kelas peralihan selama setahun di awal kemasukannya ke sekolah itu. Nataliya Umairahlah yang menjadi teman pulang ke rumah setiap hari. Jarak rumah kami dengan sekolah tidak terlalu jauh. Kalau dengan berjalan kaki, masa yang diambil untuk sampai ke rumah hanya 10 minit. Jadi aku tidak pernah merungut jika terpaksa berpenat sedikit di setiap petang. Memandangkan hari ini Liya perlu menghadiri mesyuarat bulanan persatuan Puteri Islam, aku mengambil keputusan untuk pulang sendirian. Aku berjalan menyusuri jalan kampung dengan berhati-hati. Lopak-lopak yang ditankungi air kerana hujan semalam seperti air teh susu. Sedang aku leka mengatur langkah, terdengar deruman motor dari jauh. Bunyi kenderaan itu terasa begitu hampir di belakangku. "Hai Marisa!" Sapa suara yang begitu ku kenali. Agh.. Iqbal lagi. Mahu apa lagi lelaki itu? Aku terus mengatur langkah dengan lebih laju tanpa menoleh ke arahnya. Dia memperlahankan motornya.. "Kau nak tumpang?" Aku diamkan diri lagi. "Melihat reaksi aku yang tiada tindak balas, dia memberhentikan motornya tanpa mematikan enjin. Aku terus mengatur langkah. Kedengaran deruman motornya sayup-sayup. Aku menarik nafas lega. Mungkin dia sudah berputus asa dan berpatah pulang ke rumahnya. Selang beberapa saat, aku mendengar ngauman enjin motor yang begitu kuat. Entah mat rempit mana yang menggila tengahari buta macam ni. Deruman motor itu makin hampir di belakangku.. Dan tanpa sempat aku mengelak, air dari lopak jalan raya terpercik ke arahku. Habis basah pakaian seragamku. Gila! itulah yang ingin aku katakan pada pemandu motor itu. Namun, mulutku terkunci sebaik saja melihat seraut wajah yang kelihatan tersenyum di sebalik helmet itu. "Ini balasan untuk kau kerana sombong dengan aku!" Aku menggigit bibir. Geram! "Kau terlalu sombong Marisa.. Sepatutnya kau rendahkan martabat kau tu. Sedarlah diri sikit kau tu anak haram!! Bagaikan panahan halilintar yang menerjah ke arahku. "Orang lain yang ada ayahpun taklah sesombong kau!" Ya Allah, haruskah aku pertahankan kesabaran ini, sedangkan lelaki di depan ku ini menghina aku seperti seekor anjing kurap. "Iqbal, sekalipun aku ini memang anak haram, aku takkan sesekali merendahkan maruah aku untuk berkawan dengan lelaki seperti kau!" Aku mengesat air mata yang mengalir. Oh tuhan, hebatnya dugaan yang aku terima. " Ingat Iqbal, sesiapa pun status aku dan adik aku, tak ada sesiapapun yang berhak menghina keluarga kami. Sekurang-kurangnya, walaupun aku ni anak haram, aku tak pernah sehina kau!!" Aku berlari pulang ke rumah yang hanya tak sampai sepuluh langkah lagi.***********************************************************************************Selepas kejadian dua minggu lepas,aku menjadi pendiam. Sesampainya aku di rumah hari itu Ummi terkejut melihat baju sekolahku yang sudah bertukar warna. Belum sempat aku di soal oleh Ummi, aku meluru ke bilik. Pintu bilik ku kunci. Aku menangis sepuas hati sampai tertidur dengan bajuku yang kotor itu. Aku terbagun dari tidur bila adikku, Imran mengetuk pintu bilik mengajak sembahyang maghrib berjemaah. Memang itu kebiasaanya.. Tapi malam itu aku memberi alasan kurang sihat. Di dalam bilik, aku sembahyang sendirian. Mengadu nasib pada Allah yang satu.. Menangis lagi berserah pada Sang Pencipta. Makan malam juga ku abaikan.. Ummi masuk ke bilikku dengan ucapan salam. Memang aku dah agak Ummi akan datang ke bilikku. Kerana, bukan kebiasaanku bersikap begitu. Penat atau sakit macamana sekalipun, aku akan tetap makan. Kalau tak larat sangatpun, Ummi akan membawa makanan ke bilikku dan menyuapkan ke mulutku. Kasih Ummi memang tak pernah pudar. "Kenapa ni sayang?" Jemari Ummi menyentuh wajahku.. kasihnya meresap ke dalam jiwa. Di pintu ku lihat Imran tersenyum tawar sekadar memaniskan wajah. Adikku yang satu itu terlalu memahami. Dia datang dan duduk di sebelah kiriku dan menggenggam jari-jemariku memberi kekuatan. Mungkin dia terkesan sisa-sisa duka yang terpamer di wajahku. Aku merenung Imran.. Mencari secebis makna. Mungkin ayahku seperti Imran. Penuh pengertian. Agh.. ayah lagi. Kenapa aku terdorong untuk memikirkan tentang lelaki yang tidak ku tahu hidup matinya. " Kenapa ni sayang?" Ulang Ummi memecahkan kesunyian. " Bagitahu Ummi siapa yang buat Marisa macam ni." Aku senyum... Kemudian menggeleng. Mana mungkin untuk aku bercerita tentang Iqbal pada Ummi. Jika bercerita tentang Iqbal, maka akan terbongkarlah tentang penghinaan lelaki itu padaku. Akan terbongkar juga kenyataan pahit itu. Hati Ummi perlu ku jaga. Hati Imran juga tak boleh terusik.. Biar aku seorang yang makan hati. Biar aku seorang yang terluka. Dulu, pernah semasa Imran dan aku melihat foto-foto di zaman kecil, Imran bertanya pada Ummi, mana gambar-gambar kami dengan ayah. Air muka Ummi serta-merta berubah. Imran bertanya lagi bila melihat Ummi masih membisu.. Ummi senyum dan memberikan alasan yang tak logik dek akal. "Dulu, keluarga kita miskin, dan tak ada kamera nak ambil gambar kenangan." Kata-kata itu yang terlahir dari seulas bibir Ummi. Ummi terus berlalu menuju ke dapur. Aku dan Imran berpandangan. Kerana perasaan ingin tahu, aku dan Imran meluru ke dapur. Dan di satu sudut dapur, aku dan Imran melihat Ummi tersedu-sedan. Ketika itu, aku baru berumur 7 tahun, dan Imran 6 tahun. Di usia itu, aku dan Imran sudah dapat memahami kenapa jika manusia itu menangis. Dan selepas itu, aku dan Imran sama-sama berjanji takkan bertanya lagi tentang seorang lelaki bernama ayah. "Kakak..." tutur Imran lembut. " Ummi tanya tu.." Agh, lamanya aku mengelamun. Sejauh itu aku berfikir. Ummi memeluk tubuhku kedalam dakapannya. Terasa selamat sekali... " Ummi, kalaulah ayah ada.. tentu keluarga kita akan lebih bahagia sekarang." Entah dari mana kekuatan itu aku perolehi. "Kakak, kenapa cakap macam tu?" aku tahu maksud Imran. Janji tetap janji. Ummi terkaku. Rasa bersalah menerjah tangkai hati. "Ummi keluar dulu ya. Biar Im yang pujuk kakak." Kulihat raut wajah Ummi suram. Ummi, maafkan Marisa. Jerit batinku. Ummi berlalu membawa hampa yang menggunung. Setelah puas dipujuk, barulah hatiku terbuka untuk ceritakan segala-galanya pada Imran. Imran berhak tahu kerana dia adikku. Jelas di wajahnya aku lihat, Imran mengerti perasaan hatiku apabila di hina begitu.


Selang dua hari selepas kejadian tu, aku terserempak lagi dengan Iqbal. Waktu itu aku mahu ke bilik guru untuk menghantar tugasan. Sebolehnya, aku tak mahu memandang mukanya. Aku benci! "Marisa.." Dia memanggil. Aku terus melangkah. "Marisa.." Lelaki itu menghalang laluanku, memaksa aku mematikan langkah. "Maafkan aku." Terlalu jengkel ku dengar perkataan yang terlahir dari bibir lelaki itu. Aku melemparkan pandanganku jauh ke padang sekolah. Mengelak dari bertentang mata dengannya. " Walaupun kau tak sudi memandang aku lagi, tak apalah. Tapi aku pohon dengan sepenuh hati, maafkan aku!" Bicara berupa rayuan itu langsung tidak berbekas di hati. Aku memberanikan diri menentang matanya. Hah.. ku lihat bibir kirinya lebam dan ada kesan luka. "Kau kenapa?" Perasaan ambil berat sebagai manusia wujud secara tiba-tiba. "Aku ok." Iqbal tersenyum kelat. "Luka yang aku rasa ni, tidak seteruk kelukaan yang kau rasakan. Aku memang silap.. Aku memang bodoh kerana sanggup menyakiti hati kau." Lelaki yang megah dengan keegoannya itu tiba-tiba hilang taringnya. "Marisa, sekali lagi aku pohon, maafkan aku kerana menyakiti kau selama ini." Iqbal berlalu dengan seribu tanda tanya. Aku bertanya dalam hati.. Imran ke yang pukul Iqbal? Soalan itu langsung ku ajukan pada Imran apabila setibanya aku di rumah. "Im pukul Iqbal ye?" Imran meneruskan pembacaannya. Apabila tiada jawapan yang aku inginkan, aku menarik buku dari tangan Imran membuatkan dia hilang tumpuan. "Kakak, bagi balik buku tu." Ucap Imran keras. " Jawab soalan kakak dulu.Im pukul dia kan? Jujur dengan kakak." Suaraku yang mula meninggi membuatkan Ummi tergopoh-gopoh datang ke ruang tamu. "Kenapa ni?" Tanya Ummi. "Ummi tanyalah anak lelaki Ummi ni.. Dah pandai pukul orang. Kalau sampai kepengetahuan pihak sekolah macamana nanti? Kena gantung sekolah baru tahu." Alamak, aku terlepas cakap lagi. Matilah kali ni.. Semuanya bakal terbongkar! "Betul ke Im?" Tanya Ummi bimbang. Lama Ummi membatu menanti jawapan dari Imran. Imran kemudiannya memandangku. Aku mengerti bahasa matanya. "Im tak sengaja Ummi. Lagipun memang budak tu yang salah." Tutur Imran lembut. Mudah-mudahan dia dapat mengawal keadaaan. "Tapi, Ummi tak pernah ajar Im bergaduh walau ia berpunca dari sesiapapun. Berdamai tu kan dituntut dalam Islam. Nabi SAW sendiri, apabila berdepan dengan musuh, baginda…“ "Walaupun orang tu mengatakan kita anak haram, kita masih perlu berdiam diri?" Pintas Imran tanpa ku duga. Imran ku lihat terlalu berani. Mungkin kerana dia sudah tidak sanggup membiarkan kami terus berada dalam serba tanda tanya. Ummi terkaku. "Im.." Aku menggelengkan kepala tanda jangan memberitahu Ummi. "Biarlah kak.. Biar Ummi tahu. Sebagai ibu, Ummi berhak untuk tahu." Tutur Imran tegas. Jelas menunjukkan ciri-ciri bakal pemimpin keluarga. Mata Ummi ku lihat berkaca. Aku ingin tahu maksud air mata itu. "Im dan kakak dah cukup besar Ummi. Kami bukannya ingin menafikan Ummi sebagai ibu kami, tapi kami perlu tahu siapa sebenarnya ayah kami. Siapa sebenarnya Ahmad Saufi? Kalau ayah sebenarnya sudah meninggal, dimanakah kuburnya." Imran menggenggam tangan Ummi. Kemudian menciummya. Aku mendekat.. memeluk Ummi dari belakang. "Seandainya, Im dan kakak sebenarnya memang anak luar nikah, kami takkan menyalahkan Ummi. Malah kami amat berterima kasih kepada Ummi kerana mengandung dan melahirkan kami." Imran mematikan kata-katanya. Membiarkan suasana sunyi seketika. Dia memandang aku, memberi ruang untuk aku menyambung kata-katanya. Betul kata Imran. Terlalu banyak pengorbanan yang ummi lakukan. Nenek pernah bercerita, ummi mengalami alahan yang teruk sewaktu mengandungkan aku. Dan, semasa melahirkan Imran, Ummi mengalami tumpah darah. Ya Allah, jika dihitung segalanya, mustahil aku dan Imran akan menyalahkan Ummi. Tanpa Ummi, takkan wujudlah kami di dunia ini. "Ummi.." Aku memulakan bicara. " Marisa dan Im terlalu sayangkan Ummi. Sebab itu kami tidak mahu kalau ada orang menuduh Ummi yang bukan-bukan. Bagitahulah kebenarannya Ummi. Sekurang-kurangnya kami tahu siapa ayah kami." Rayuan yang seakan mendesak itu membuatkan tangisan Ummi pecah. Aku dan Imran berpandangan. "Marisa dan Imran bukan anak luar nikah." Pandangan kami berkalih pada Ummi. "Dan ayah kamu berdua masih hidup...


Dan kini, segalanya telah terbongkar. Persoalan yang selama ini bermain di fikiran, akhirnya terjawab sudah. Ummi telah menceritakan segala-galanya. Lelaki yang bernama Ahmad Saufi itu sememangnya ayah kandung kami. Kenyataan itu menangkis segala fitnah Iqbal selama ini. Aku memanjatkan seribu kesyukuran. Sesungguhnya darah yang mengalir dalam tubuh aku dan Imran adalah darah yang bersih. Tapi, satu kenyataan lagi yang sukar aku terima adalah ayah seorang pembunuh! Kata Ummi, ayah melakukan itu semua adalah bersebab. Menurut Ummi, dia melahirkan Imran di rumah Ibu bapa ayah di kampung. Minggu ke lima kelahiran Imran, sesuatu yang tak terduga telah berlaku. Rumah ibu bapa ayah telah dimasuki pencuri. Ketika itu Ibu bapa ayah membawa aku ke bandar untuk membeli keperluan dapur. Pencuri yang kejam itu cuba untuk melarikan Imran yang ketika itu baru berumur 35 hari. Iya, dengan umur yang tak sampai sebulan itu, Imran boleh dijadikan barang dagangan. Ummi menjerit dan merayu agar pencuri itu tidak mengapa-apakan Imran. Apabila pencuri itu melihat Ummi yang merayu sesungguh hati, dia meletakkan Imran di atas tilam dan mendapatkan Ummi yang tidak jauh dari situ. Dengan nafsu buas yang beraja, pencuri kejam itu cuba merentap kain yang di pakai oleh Ummi. Apalah daya Ummi yang ketika itu masih belum habis pantang. Sungguh Allah itu Maha Pelindung.. Ayah yang merasa tidak sedap hati, terus pulang ke kampung walaupun pagi itu ayah sepatutnya menyambung kerjanya setelah seminggu bercuti. Melihat keadaan yang genting, ayah meluru mendapatkan Ummi dan pencuri itu. Ayah memukul pencuri itu dengan sekuat hati. Sedang mereka bergaduh, pencuri terus mengeluarkan sebilah pisau lipat dari poket seluarnya dan mengacukan ke arah ayah. Ayah tidak mengalah. Dia cuba untuk merebut pisau itu dari pencuri tersebut. Berlakulah pergelutan dan akhirnya pisau itu tertikam tuannya sendiri. Ummi yang terkejut menjerit sekuat hati setelah melihat lumuran darah di badan pencuri itu..


"Jangan menyalahkan ayah kamu. Dia melakukan itu semua sebab ingin menyelamatkan maruah Ummi." Kata-kata Ummi masih bergema di ruang dengar. "Ayah yang meminta Ummi merahsiakannnya kerana tidak mahu anak-anaknya tertekan dengan kenyataan ini.” Memang betul kata-kata Ummi. Ayah tak pernah bersalah dalam hal ini. Ayah melakukan pengorbanan yang sepatutnya dilakukan oleh seorang suami. "Di mana ayah?" Soalan itu hampir serentak kami tujukan untuk Ummi. Menurut Ummi, ayah berada di dalam penjara. Hukuman yang dikenakan terhadapnya adalah selama 30 tahun. Hari ini Imran berumur 18 thn.. Masih ada 12 tahun lagi, baru ayah akan dibebaskan. Setelah banyak kali aku dan Imran mendesak, akhirnya Ummi bersetuju membawa kami berjumpa ayah. Dan hari ini adalah harinya.. Aku sebenarnya tidak sabar untuk melihat raut wajah insan yang bergelar ayah itu. Sampai saja di perkarangan penjara Sungai Buluh, kami bertiga turun dari kereta Kembara milik Ummi. Imran mendapatkan aku dan menggenggam jemariku. Aku mengeratkan lagi genggaman tangannya. Aku dapat merasakan getaran hati Imran. Matanya berkaca. Seperti biasa, aku pasti akan mengusap kepalanya. Aku senyum menahan air mata dari mencemari pipiku. "Dik, kita akan jumpa ayah.. Jaga perangai tau!" Imran mengangguk perlahan. Seterusnya, Ummi mengajak kami ke ruangan pelawat. "Saya ingin berjumpa dengan suami saya, Ahmad Saufi." Lafaz Ummi. Sekejap ya Puan." Balas penjaga kaunter pelawat itu dengan ramah. Setelah mencatat sesuatu, petugas tadi kembali bersuara "Puan boleh masuk ke dalam sekarang." Ummi masuk ke bilik itu diikuti oleh aku dan Imran. Di sebalik tingkap bercermin kaca yang berjeriji besi, aku melihat seorang lelaki tua yang berpakaian seragam penjara yang telah lusuh warnanya. Tapi wajahnya itu mirip Imran. Mulus dan bersih. Dia memandang Ummi lalu menghadiahkan sebuah senyuman. Seolah-olah setiap hari Ummi dan dia bertemu. Mungkin betul telahanku, kerana jarak tempat mengajar Ummi dan penjara ini tdak terlalu jauh. Pandai Ummi menyimpan rahsia ini selama berbelas tahun. Agh, mungkin ini namanya cinta sejati. Ummi mengambil sejenis alat seperti ganggang telifon rumah dan melekapkan ke telinganya. Lelaki itu juga berbuat demikian. "Abang, Kasih bawa anak-anak kita." Ucap Ummi. Lelaki itu memandang ke arah aku dan Imran silih berganti. Mukanya keruh. Tidak sukakah dia berjumpa dengan anak-anaknya ini? "Kasih minta maaf kerana tidak dapat menyimpan rahsia ini sehingga Marisa dan Imran habis belajar." Aku dan Imran mengambil tempat di sebelah Ummi. "Seperti yang selalu Kasih ceritakan, Marisa dan Imran selalu diasak tentang statusnya sebagai anak-anak Kasih." Nah, betulkan.. sememangnya Ummi selalu menemui lelaki itu.Lelaki itu memandang aku..kosong. Kemudian beralih kepada Imran..juga tanpa apa-apa pamitan,atau mimik muka. Aku rindu untuk mendengar suara yang aku tak pernah dengar selama ini. "Tak apalah. Kalau bukan sekarangpun, mereka akan tetap tahu yang ayah mereka ini meringkuk di dalam penjara kerana membunuh." Bergetar suara itu. Walaupun perlahan ucapannya, telingaku dapat menangkap butir bicaranya. "Tapi abang..." Ummi mematikan kata-katanya apabila melihat lelaki itu bangun dari kerusi dan ingin berlalu. Dengan pantas, aku mengambil ganggang telifon dari tangan Ummi." Ayah, kami tak pernah menyesali takdir ini. Kami tak pernah berasa malu hanya kerana ayah kami meringkuk di dalam penjara." Ayah mematikan langkahnya. Dia berpaling ke arah kami dan mengatur langkah. Dia mendekat. Aku memandang bening matanya, mencari sebuah harapan. Matanya bergenang. Dia melekapkan tangannya ke arah tingkap cermin. Dan aku juga berbuat seperti itu. Terasa tapak tanganku menyentuh tapak tangannya. "Marisa anak ayah..." Ucap ayah. "Iye ayah. Dan ini Imran, satu-satunya anak lelaki ayah." Aku memandang Imran, matanya basah. Entah bila dia menangis, akupun tak sedar. Aku memberinya ganggang telifon itu. "Ayah.." Esak tangis Imran bergema. Aku dan Ummi sendiri tidak dapat menahan air mata dari gugur. "Im janji, Im akan jaga Ummi dan kakak. Ayah cepat pulang ya.. Nanti kita boleh makan malam sama-sama, sembahyang berjemaah sama-sama. Kalau ayah ada, Im dah tak perlu jadi imam." Adu Imran selaku anak bongsu. "Puan, masa melawat dah tamat." ucap seorang anggota polis. "Ayah pergi dulu ya.." Lafaz ayah. "Ayah... esok kami datang lagi." Raung aku dan Imran serentak apabila seorang anggota polis menggari tangan ayah dan kemudiannya membawa ayah pergi. Ummi memeluk aku dan Imran."Ya.. esok kita pasti datang lagi." Luah Ummi sambil tersenyum. Aku dan Imran juga tersenyum dalam tangisan. Sesungguhnya, kami puas kerana dapat berjumpa dengan ayah. Akhirnya kami tahu siapa ayah kami..dan yang paling penting, aku dan Imran bukan anak haram seperti yang di katakan oleh Iqbal. Esok, pagi-pagi lagi aku akan berjumpa Iqbal.. Aku akan memaafkan segala salah dan silapnya terhadapku selama ini. Sesungguhnya, kemaafan adalah dendam yang terindah

Rahsia..

"Aku terima nikahnya Iman Indah binti Muhammad Saufi dengan mas kahwin RM80 tunai!"Dengan sekali lafaz,Indah sudah sah menjadi isteri kepada Muhammad Aidil Irfan.Irfan menghampiri Indah yang duduk bersimpuh.Dia menghulurkan tangannya dan disambut oleh Indah.Sebuah kucupan lembut hinggap didahi Indah.Sebuah kucupan suci dari seorang suami untuk seorang isteri yang baru dinikahi.Akan aku didik kau jadi seorang isteri yang solehah Indah…Hati kecil Irfan berbisik."Assalamualaikum…"ucapan salam yang lembut menyedarkan Indah dari lamunan.Pantas dia bangkit dari pembaringan.Irfan menghadiahkan senyuman lembut."Wa..alaikummussalam.."tergagap Indah menjawab.Irfan menanggalkan sampinnya dan meletakkan di atas tempat baju.Butang baju melayunya juga dicabut satu persatu.Indah yang hanya memerhati menelan air liur.Dadanya berpalu hebat.Darahnya terasa berjalan terlalu laju."Abang nak mandi dulu.Dah nak dekat magrib ni.Nanti kita solat jemaah sama-sama ye.."Irfan berpesan dan hilang ke bilik air.Indah hanya angguk.Abang??Hurm..Selesai solat magrib berjemaah bersama,mereka bersama-sama membaca Surah Yasin sementara menunggu waktu Isyak.Hati Indah dapat merasakan ketenangan mendengar suara garau Irfan mengalunkan kalimah suci itu.Irfan memang pandai mengaji.Maklumlah,lulusan dari Universiti Al-Azhar.Azan berkumandang tanda Isyak sudah tiba.Yasin ditangan diletakkan ditempatnya kembali dan suami isteri itu mula mendirikan solat isyak.Usai solat,Irfan menghulurkan tangannya dan Indah menyambut.Sebuah kucupan hangat hinggap di dahi Indah.Itu…kucupan kedua selepas pernikahan tadi.Kalau tadi,Irfan tak hulurkan tangannya kerana mahu menyimpan air sembahnyang untuk solat Isyak.


Indah membuka telekungnya.Irfan,selamba menukar baju solatnya dengan t-shirt di hadapan Indah.Indah pula yang rasa malu,pantas memalingkan wajahnya dari melihat Irfan.Irfan perasan tu..Alahai isteriku…Indah jadi canggung.Aduh..nak buat apa ni?Takkan naki berdiri tercongok kat sini?Irfan pula,sibuk membersihkan kaca mata dia yang berhabuk tu.Sebelum sedar,baik keluar dari bilik ni.Pantas Indah mengagahkan dirinya berjalan keluar namun pantas Irfan memaut lengan Indah.Indah terkaku.Ya Allah…tolong Indah..Perlahan,Irfan menarik tubuh Indah menghadap tubuhnya.Pinggang Indah dirangkul rapat ketubuhnya.Indah sudah rasa sesak nafas dan hanya menunduk memandang lantai..Tangan kanan Irfan diletakkan keatas ubun-ubun Indah.Terdengar mulut Irfan terkumat-kamit.Indah hanya menutup mata.Hatinya gerun.Tanpa sedar.dia menolak dada Irfan sekuat hati hingga suaminya terlepas rangkulan dan pegangan di ubun-ubun.."Awak…maaf..Saya tak boleh!Saya tak bersedia…"Indah menuturkannya.Air matanya tanpa ditahan-tahan,jatuh menuruni pipinya yang gebu.Irfan tergamam.Dia cuba menghampiri Indah namun pantas Indah mengelak."Tolong!Jangan dekat dengan saya..Saya takut..Jangan!!!"Indah sudah meraung-raung.Irfan berdiri static."Indah…demi Allah…abang takkan apa-apakan Indah ok..Bawa bertenang..Tarik nafas sayang..Tarik nafas…"Irfan cuba berdiplomasi.Indah yang mendegar,kembali bertenang.Irfan menghampiri Indah.Dia membawa Indah duduk di birai katil.Indah hanya diam tanda dia percaya Irfan tak akan melanggar janjinya."Irfan…saya minta maaf…"perlahan Indah menuturkannya.


Irfan hanya tersenyum.Tangan kananIndah dicapai dan digenggam."Awak..saya kahwin dengan awak tanpa kenal awak lansung.Perkahwinan kita dirancang oleh mak ayah kita.Dan kita sebagai anak yang soleh,hanya menurut.Saya memang terkejut dengan semua ni.Dan….saya masih lagi tak bersedia…Awak…bagi ruang untuk saya….Saya…melaksanakan tugasan tu…saya…"Indah tak dapat meneruskan kata-katanya."Abang faham Indah..Abang faham tu..Sebelum abang,Indah dah ada pilihan ker?"Irfan menuturkannya berhati-hati..Indah geleng."Demi Allah…tak ada lelaki lain yang pernah menakluki hati saya.Saya hanya serahkan cinta saya pada suami saya tapi sekarang…..saya perlukan waktu untuk mencintai awak dan menyerahkan jiwa raga saya…Saya harap awak faham…""Abang tak akan paksa Indah kalau betul Indah tak bersedia.Abang tak mahu benda tu terjadi tanpa kerelaan Indah.Abang nak Indah rela dan hubungan ni diredhai Allah.Indah ambillah berapa lama pun."Irfan senyum.Senyuman tu…..buatkan Indah rasa serba-salah.."Terima kasih Irfan…"Indah cuba tersenyum namun pahit.Hakikatnya,bukan saja kerana dia tak bersedia untuk melaksanakan tanggungjawabnya tapi dia juga takut dibayangi kenangan silam yang sering menghantuinya.Bayangan yang sangat takut…."Tapi…abang nak Indah patuh syarat abang.."suara Irfan menyedarkan Indah.Dia mendongak memandang Irfan.


"Abang nak Indah tukar panggilan saya-awak tu kepada abang-Indah.Boleh?""Insyaallah wak…"Indah angguk."Ehem…bukan awak tapi Abang.."Irfan membetulkan.Indah tersenyum.."Hm…abang…""Bagus..Er..Indah tak kisah kan kalau abang nak pegang tangan Indah macam ni selalu?"Irfan tersengeh nakal.Indah terkedu.Pegang tangan?Matanya menala pada riba Irfan.Ya Allah…tangannya kemas digenggam Irfan.Tak sedar??Aduh..Pantas Indah menarik tangannya dan bangkit."Indah nak tidur.."Indah capai bantal dan diletakkan diatas lantai."Indah tidur bawah,abang tidur atas.""Tak…Indah tidur atas katil,abang pun tidur atas katil!""Tapi…""Indah..kan abang dah janji.Takkan Indah tak percaya.Abang kesian kat Indah,nak kena tidur kat lantai.Kalau Indah tak percaya lagi,abang letak bantal golek kat tengah.Ok sayang?"Indah telan air liur.Hurm…bukannya sebab arahan Irfan tu tapi sebab panggilan sayang yang keluar dari mulut Irfan.Adussss…"Ok"Indah bangkit dari tidurnya.Mimpi tu datang lagi!Ya ALLAH…Sampai bila Indah kena hadapi semua ni?Indah tak larat..Tangannya meraup wajahnya yang basah diselaputi peluh.Matanya menala pada tempat pembaringan Irfan.Suaminya tak ada.Kemana?Pintu bilik air terkuak.Irfan keluar dari bilik air dengan tuala.Indah memalingkan wajahnya.Uh…malu.."Indah dah bangun?Sekarang baru pukul 5.00 pagi.Abang nak buat solat sunat.Indah nak ikut?Boleh kita jemaah.."Irfan menyoal sambil menyarungkan baju melayu ke tubuhnya.Indah angguk.Dah alang-alang terjaga,suami pula dah ajak..Afdalnya ikut jer lah.Indah bangkit menuju ke bilik air dan mengambil wuduk.Nak mandi pagi-pagi macam ni,memang Indah tak tahan.Agaknya Irfan dah biasa mandi pagi-pagi buta macam ni.Mereka berjemaah bersama-sama menunaikan solat sunat Tahjud,Taubat dan Hajat.Tenteramnya hati Indah,hanya ALLAH yang tahu.Memang tenang mendengar bacaan suaminya.Usai solat,mereka mengaji bersama.Surah As-Sajadah dan Al-Mulk menjadi pilihan Irfan sementara menunggu waktu Subuh dan Indah hanya menurut.Azan berkumandang…Solat didirikan.Dan seperti semalam…sebuah kucupan hinggap didahi Indah.


"Awal kamu berdua bangun…"Hajah Halimah menegur.Irfan hanya tersenyum.Indah pula sibuk menolong membancuh air."Kan memang selalunya along bangun awal.."Irfan menjawab.Cucur jagung disumbat kemulut."Selalunya tu memanglah..Tapi,ni bukan selalunya..Kan pengantin baru…"Hajah Halimah tersenyum mengusik.Irfan hanya tergelak besar dan Indah menunduk.Dapat dirasakan pipinya memerah."Dah siap ke sarapannya?"Haji Ali muncul."Dah bang..Abang lambat datang.Pengantin baru ni lagi cepat!"Ketawa Haji Ali bergema."Mah oii,malu budak-budak tu.Tu ha,muka Indah dah merah tu."Haji Ali masuk sekaki mengusik.Indah rasa macam nak cari ais jer nak letak kat muka.Irfan relaks seperti tak rasa apa-apa."Er..ummi,biar Indah panggil angah dengan Uda turun sarapan.."Indah mencari jalan selamat.Tak lalu rasanya kena sakat jer.."Eh Kak Indah..awalnya bangun.Angah baru jer cadang nak tolong kejutkan pengantin tadi.."Irsha terus menembak kata bila Indah mengetuk biliknya.Aduh…tadi ummi dengan abi.Ni angah pun nak masuk sekaki?Aduh.."Dah.Tak payahlah nak sakat akak..Jom sarapan.Panggil uda sekali ye..""Ok bos!"Dah 3 bulan usia perkahwinan Indah dan Irfan.Indah rasakan segala-galanya lengkap bersama Irfan.Lelaki ni memang pandai merancang dan penuh dengan kejutan.Seminggu selepas kahwin,Irfan membawanya pindah kerumah baru.Kondominium yang sangat cantik dan selesa.Awal dirumah itu,Indah berkeras mahu bilik yang berasingan namun Irfan tegas mahu mereka duduk sebilik.Dek kerana percayakan Irfan..akhirnya Indah mengalah.Dan Irfan tak pernah memungkiri janjinya.Cuma sesekali,Irfan bertindak nakal.Mengingatkan itu,Indah tersenyum sendiri.Yang paling Indah suka,Irfan selalu mengingatkan dirinya perihal agama.Jika tak tahu,Tanya saja pada Irfan.Semuanya dia tahu.Untungkah aku?Ya..memang untung.3 bulan bersama Irfan,tipulah jika dia menidakkan perasaannya pada Irfan.Memang wujud rasa kasih.Cinta??Sumpah…dia tak tahu.Namun,bila Irfan terpaksa out station,rindu terbit juga disanubari….Malah mimpi ngeri yang dia selalu alami pun dah tak datang.Mimpi dasyat.Semua tu gara-gara paranoid yang melampau.Peristiwa di mana dia hampir dirogol bapa saudaranya 8 tahun yang lalu.Sebab tu Indah takut nak berkongsi zahirnya dengan Irfan.Semua tu amat menyesakkan dada."Indah….


"suara yang dirinduinya menyedarkan Indah.Cepat dia memalingkan wajahnya kebelakang.Irfan menghampiri Indah."Esok abang nak pergi out-station.2 hari.Ipoh."Indah kerut."Selalu sangat abang pergi out-station.Kan minggu lepas dah pergi?"Irfan sengeh."Dah kerja abang.Nak buat macam mana?Ker Indah rindu kalau abang tak ada?"Indah geleng.Malu."Tak..Pergilah.Malam nanti Indah susunkan baju abang."Indah melepaskan keluhan.Irfan…sunyinya rumah ni.Tiba-tiba bunyi ketukan dipintu menyedarkan Indah.Cepat dia buka pintu.Terkejut!Iffah datang.Secepat kilat tubuh Iffah yang tembam dipeluknya."Iffah!Lama tak dengar cerita.Sejak aku kahwin,kau tak pernah datang rumah pun."Indah menyergah bila mereka sudah masuk kedalam rumah.Iffah senyum tawar."Kau tahulah aku,sibuk.Anak aku tu siapa nak jaga.Rizal asyik sibuk jer."Indah terdiam mendengar kata-kata Iffah.Lain macam jer."Indah…"Iffah menyeru.Indah angkat dagu."Suami kau pergi Ipoh lagi ker?"pertanyaan Iffah membuatkan Indah terkejut."Mana kau tahu?"Sekali lagi senyuman tawar Iffah muncul.Iffah pantas menyeluk handbag nya dan mengeluarkan sampul surat bewarna koko."Gambar ni Rizal yang ambil pakai handset dia.Aku dah cuci.kau tengoklah."Indah kerut wajah.Perlahan dia capai sampul surat tersebut.Ditariknya isi didalam.Indah terkedu.Air matanya bergenang.Tanpa dipaksa,mutiara putihnya jatuh menyembah bumi.Irfan!Sampai hati."Aku serba salah nak cerita kat kau Indah tapi kau kawan aku..Aku..""Shhh.."Indah memotong kata-kata Iffah."Gambar ni bila lagi?""Bulan lepas.Tengoklah perut perempuan tu,dah besar.Aku agak dalam 7 bulan.Kau dah kahwin dengan Irfan 3 bulan tapi perut perempuan tu dah besar.Aku tak tahu apa yang berlaku tapi aku agak tu mesti perempuan simpanan dia."membuta tuli tuduhan Iffah.Indah telan air liur. "Terima Kasih Iffah.Kau boleh balik sekarang."lansung dia menghalau tetamunya tanpa sedar.Irfan memerhatikan isterinya.Kenapa nampak lain sangat ni?Tak mesra.Kaku.Aku baru balik,selalunya dia sambut semacam.Ni.."Indah tak sihat ker?"tangan Irfan mendarat pada dahi Indah yang leka menonton TV.Indah menepis perlahan.Irfan pelik.Punggungnya dilabuhkan disebelah isterinya.Rapat."Boleh tak jauh sikit?Panas!""Abang rasa sejuk jer.Air cone ni tak cukup sejuk ker sayang?""Tak payah nak bersayang-sayang!"kali ni nada Indah dah melangit tinggi.


"Patutlah selama ni tak kisah kalau Indah tak bagi hak abang,rupanya dah ada spare part!"Indah sudah berdiri dari tempat duduknya.Tangannya memeluk tubuh."Apa Indah cakap ni?"Irfan masih tenang.Indah geram melihat ketenangan suaminya.Segera dia melangkah masuk kebilik.Seketika kemudian,dia keluar.Gambar-gambar pemberian Iffah dilemparkan ke meja.Berterabur."Ni apa?"jari telunjuknya menala ke meja.Gambar-gambar yang bertaburan,Irfan capai.Ditelitinya.Lama."Abang boleh terangkan.""Terangkanlah!Abang boleh cakap yang abang sebenarnya dah nikah sebelum ni.Dah ada isteri!Indah ni isteri abang yang kedua.Cakap bang!Cakap!"nada Indah tak mampu dikawal.Irfan geleng."Bukan sayang.Salah faham.Salah faham."Mata Indah dah berair.Penipu!Kakinya meninggalkan Irfan dan melangkah ke balkoni.Irfan mengekori dibelakang."Cuba dengar apa yang abang nak cakap ni.."Bahu Indah diraih namun cepat Indah menolak.Indah membuang pandang ke balkoni dengan sendu. "Sampai hati abang tipu Indah.Kenapa abang tak mahu berterus terang?Kenapa bang?Kenapa?"air matanya mengalir tanpa dapat ditahan.Esakkannya makin kuat.Dari belah sisi,Irfan kedepan menghadap Indah.Menghalang pandangan Indah.Dipeluknya perlahan tubuh Indah. "Sayang dia bukan isteri abang sayang.Bukan.."Indah kaku.


"Dia istimewa pada abang tapi dia bukan isteri abang."kali ni minda Indah mencerna maksud kata-kata suaminya.Istimewa?Bukan isteri?Mengandung?Perempuan simpanan!Tanpa sedar dan di bawah kewarasan,Indah menolak kuat tubuh suaminya.Sekelip mata,tubuh Irfan terdorong kebelakang dan jatuh terhumban dari balkoni.Jeritan Irfan menyedarkan Indah.Dump!Indah kaget.Abang?Abang mana?Dari balkoni,Indah memandang kebawah.Ya Allah!Abang!Segera Indah keluar dari kondo dan menuju ke lif.Air matanya merembes laju.Sampai dibawah,dilihatnya Irfan menggelupur.Darah membuak-buak."Abang!"tubuh Irfan dipangku.Air matanya jatuh kemuka Irfan.Irfan kini nyawa-nyawa ikan. Malam yang pekat terasa sendu. "Tolong!Tolong!"Indah menjerit sekuat hati.Jiran-jiran yang berada dikawasan berdekatan mula menghampiri. "Telefon ambulans!"Indah mula menjerit lagi."Abang..Maafkan Indah bang.Indah tak sengaja.."Indah mengusap muka Irfan yang sudah disimbahi darah.Irfan kaku namun matanya masih terbuka walaupun kecil.Irfan sedaya upaya cuba mengangkat tangannya untuk mencapai tangan Indah."Perca..cayalah In..dah..Aaa..bang cu..cu..Cuma sayang Indah.."sedaya upaya cuba diucapkan.Indah geleng. "Indah tahu.Indah tak mau abang mati.Indah sayang abang!"Indah membalas.Irfan senyum senang. "ALLAH…."perlahan Irfan sebut.Tangan Indah dapat merasakan tubuh Irfan dah kaku.Ditekannya dada Irfan.Sunyi tanpa denyutan."Abang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"Serentak itu,hujan turun membasahi bumi.Kuburan Irfan basah disimbahi air.Indah merenung jauh.Jemaah lain dah tinggalkan kubur.Hanya dia yang masih disitu.Berharap dapat menemani suaminya.Mustahil..Indah teresak semula.Semua ni salah Indah bang.Semua salah Indah!Kalau Indah tak tolak abang,mesti abang tak jatuh,mesti abang ada lagi kat muka bumi ni.Indah salah.Indah bukan isteri yang baik.Indah tak cuba mempercayai abang….Barulah Indah tahu,perempuan tu adalah isteri kedua adik Irfan.Tak ada sesiapa pun tahu yang adik Irfan dah beristeri dua kecuali Irfan.Irfan memang selalu ke Ipoh atas urusan kerja Cuma sekali tu saja dia menemani adik iparnya yang mengandung.Dan….sebab tu Indah salah faham.Indah sesal.Sepanjang lebih 3 bulan,dia bukanlah isteri yang baik.


Dia tak memenuhi hak suaminya.Dia mementingkan diri.Kalaulah hayat abang panjang,Indah akan lakukan apa je untuk abang…Untuk abang…..Memang Indah tak dapat maafkan dirinya.Abang………Memori yang ada Cuma gurauan abang…Abang………Takdir ini dah ditetapkan…..Takdir milik Allah…Dan Indah terus meratapi.** Cerpen dari penulis Novel : Chomelnya Chenta.

Tuesday, October 13, 2009

Kisah Pernikahan...

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu?
Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya.
Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib.

Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja.
Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati.Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya.....!!!

Saya ingin tau, Kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.

Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual- hanya berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka saja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih.
Hehehehehehe. .......

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengka dan kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu.........

************ ********* ****************** ********* ********* *********

Kepada Yth .........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan.
Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............ ...
menginginkan anda ............ ....
untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja.
Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya.
Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi
kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya.Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu Kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb

************ ********* ****************** ********* ********* *********

Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?"

"Kerana dia manusia biasa....... " Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah Kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.

"Ssttt...... ." Saya menutup mulutnya. Khuatir Kalau ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk. Aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah
yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan
dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa.

Saturday, September 5, 2009

Kasihmu ke akhirnya....

Suasana suram diikuti angin yang sepoi-sepoi bahasa pada pagi ini, menggambarkan betapa renyuk dan

luruhnya hatiku yang sedang menangis di tengah-tengah tanah perkuburan ini.Linda janji dengan nenek,

bila kau dah dewasa kelak jangan lupakan nenek yer". Itulah kata-kata yang selalu diucapkan nenek

kepadaku. Dia selalu berkata "Anak Linda nanti mesti rupa macam Linda. Hidung mancung, mata

bulat,kening lebat, dagu berlekuk dan rambut ikal mayang. Nenek selalu berdoa kalau Allah nak ambil

nyawa nenek, biarlah sampai nenek dapat tengok kau berkahwin dan ada anak sendiri.


Kata-kata itu selalu terngiang-ngiang di telinga apabila aku menatap wajah anakku. Memang anak Linda

seiras wajah Linda nek. Kataku di dalam hati namun air mata tidak henti mengalir lagi.Nek, kenapa

ibu tidak jaga Linda nek? Kenapa Linda kena tinggal dengan nenek?.Nenek tersenyum.Kenapa? Linda tak

suka tinggal dengan nenek? Duduk dengan nenek susah yer? Linda tak dapat apa yang Linda nak

yer.Persoalanku sering dibalas dengan persoalan juga dari nenek.Hari begitu cepat berlalu, aku telah

bersekolah kini dan nenek jugalah yang menjadi teman dan pembawa beg sekolahku. Bukan aku tidak

mampu untuk membawanya sendiri tetapi nenek yang berdegil untuk memikulnya buatku. Nek, nenek tak

payah hantar Linda sampai sekolah yer?. Soalku pada suatu pagi.Nenek cuma memandang penuh sepi dan

berkata Linda, linda malu ya nenek hantar Linda ke sekolah? Linda malu nenek bawakan beg sekolah?

Linda malu nenek hantarkan makanan masa rehat? Linda malu nenek datang jemput Linda balik dari

sekolah?. Begitulah setiap kali nenek tetap akan menjawab persoalanku dengan persoalannya yang tidak

pernah dapat aku jawab kembali.



Apabila sudah berjaya di zaman persekolahan, ibu dan ayah datang untuk mengambilku supaya aku dapat

menyambung pelajaran di peringkat tertinggi. Sebelum pergi aku berjumpa nenek meminta ampun dan

peluk cium sempat ku berikan. Nenek sudah berlutut di tanah. Nenek menangis.Linda…tolonglah jangan

tinggalkan nenek. Nenek tiada sesiapa lagi dalam dunia ni cu, nenek jaga Linda dari Linda lahir

lagi. Senang-senang mak bapak Linda datang ambil bila Linda dah dewasa macam ni. Kata nenek sambil

memeluk pinggangku. Ibu dan ayah terjerit-jerit memanggilku. Aku terasa berat sangat untuk

meninggalkan nenek tetapi apalah dayaku.Maafkan Linda nek, Linda terpaksa pergi. Tetapi Linda janji

nek, Linda janji bila Linda dah Berjaya nanti, Linda datang ambil nenek. Linda janji nek..nenek

tunggu Linda ya?. Kata-kata terakhirku sebelum melangkah pergi meninggalkan nenek yang masih lagi

berlutut dan menangis.Alhamdulillah. Aku telah Berjaya dalam pelajaran dan bekerja di sebuah

syarikat besar sekarang.


Aku telah berbincang dengan ibu dan ayah dan mereka pun telah bersetuju untuk mengambil nenek di

kampung untuk tinggal bersama kami. Aku lah orang pertama yang terjun dari kereta apabila sampai di

kampung halaman yang telah 3 tahun aku tinggalkan.Nenek!!! Nenek!! Linda dah balik nek!!. Jeritku

tanpa menghiraukan kata-kata dan pandangan jiran tetangga. Nenek yang agak uzur itu aku peluk lantas

nenek menjerit Linda…jangan dipeluk-peluk nenek ni..nenek kotor ni baru balik dari sungai lepas

membasuh basah baju ni cu. Kata nenek sambil menolak pelukan yang ku berikan.


Aku cuma tersenyum dan nenek ku cium berkali-kali. Dari tempat busuk ni lah Linda membesar nek.

Linda tak peduli semua tu. Busuk ke kotor ke ni nenek Linda, Linda sayang nenek. Nenek turut

membalas pelukan ku sambil mengalirkan air mata gembiranya.Dengan pangkat yang ku sandang sebagai

pegawai kedua terbesar di syarikat kawan ayah. Aku begitu sibuk dan sering lewat pulang ke rumah.

Ibu dah ayah selalunya sudah pun tidur. Aku tergamam melihat satu susuk tubuh di hujung sudut. Nenek

yang bertelekung sedang mengaji itu terus ku hampiri.Nek…nenek belum tidur lagi? Dah lewat ni. Nenek

pergi masuk tidur dulu ya, besok sambunglah lagi yer nek?. Kataku sambil ku peluk tubuh insan

kesayanganku itu. Linda dah makan?.


Soalan pertama yang keluar dari bibir nenek. Aku cuma menggelengkan kepala. Sememangnya aku belum

makan lagi kerana sibuk dengan kerja. Nenek juga menggelengkan kepalanya. Lantas ku tersenyum.Mari

makan sayang, nenek tunggu kamu. Kata nenek lagi. Nenek belum makan jugak? Lahh..kenapa nenek tunggu

Linda ni? Nenek kena makan awal. Macammana kalau Linda tak balik-balik lagi dari tadi. Balasku

kecewa dengan sikap nenek yang terlalu sayang sangat dengan cucunya ini.Biar esok pagi pun, nenek

tetap tunggu Linda. Nenek tahu Linda selagi tidak siap apa-apa pun la kerjanya mesti Linda tak mahu

makan. Balas nenek sambil nasi disendukkan ke pinggan. Makan yer, nenek suap. Kata nenek lagi. Entah

kenapa air mataku mengalir tubuh nenek ku peluk lagi.Semakin hari hidup ini begitu ceria. Apatah

lagi aku akan dinikahkan dengan seorang pemuda yang sangat aku cintai. Nenek orang yang paling

gembira di hari persandinganku itu. Namun setelah genap sebulan aku menjadi isteri orang nenek telah

berubah. Nenek sudah terlalu tua. Nenek mengalami penyakit pelupa.Macam-macam perangai yang nenek

buat. Kadang-kadang nenek terambil barang-barang orang.



Nenek suka menyimpan makanan dalam almari pakaian sehingga berbau busuk dan menjijikkan. Ibu dan

ayah sudah tidak tahan dengan sikap nenek yang semakin hari semakin hilang arah. Ya Allah, besar

sungguh dugaanmu.Hari ini aku pulang awal dari biasa. Tepat jam 7 aku telah pun sampai. Selipar

nenek tiada di hadapan, aku pelik.Ibu, nenek mana bu? Linda tak nampak pun selipar nenek, nenek

pergi mana bu?. Ibu cuma mendiamkan diri. Entah kenapa aku begitu tidak sedap hati. Aku ulang

kembali persoalan ku tadi. Lantas ibu meminta ku duduk sebentar lalu aku menurutinya.Kamu jangan

marah ibu dan ayah pula, tadi nenek kamu terkencing. Sudahlah tak nak cakap. Lepas tu dia tak nak

mengaku pula. Geramlah ibu. Kata-kata ibu itu membuatkan aku hilang arah. Air mata mengalir

lagi.Mana nenek bu? Mana nenek Linda!!! Mana!!. Jerit ku kepada ibu.


Aku tahu berdosanya aku meninggikan suara kepada ibu yang melahirkan aku, namun segala tanggungjawab

seorang ibu itu telah dipikul oleh nenek. Dialah ibu, dialah ayah kepada ku selama hari ini.Ibu

minta maaf Linda. Nenek kamu ibu dah hantar ke rumah Makcik kamu di Banting. Jawab ibu dan terus

berlalu. Kereta terus ku pandu laju. Setelah meminta izin dari suamiku dengan berpakaian pejabat dan

linangan air mata yang tidak henti-henti pedal minyak terus ku pijak menuju ke rumah makcik yang

jauhnya memakan masa 3 jam dari rumahku.Maafkan Linda makcik, Linda tahu perbuatan Linda ni salah

kerana bersikap kurang ajar dengan ibu, tapi…. Kata-kataku terhenti disitu.Linda..Linda..kamu kena

ingat seburuk-buruk dan sebusuk-busuk dan seteruk mana pun yang ibu kamu pernah lakukan, dia tetap

ibu kamu. Insan yang melahirkan biarpun bukan dia yang membesarkan kamu, telefon ibu kamu dan minta

ampun dari dia..kamu faham tu?. Nasihat makcik membuat aku terdiam kaku.Nenek..Linda rindukan nenek.

Nenek ku peluk walaupun dia sudah tidak kenal siapa aku lagi. Nenek cuba menolak dan cuba lari dari

aku namun pelukanku teguh. Tidak akan sekali-kali pelukan ini berubah. Telefon di dalam beg ku

capai.

Assalammualaikum ibu.

Waalaikumsalam, Linda? Kamu dimana ni?.

Bu, Ampunkan dosa Linda bu..Linda dah berdosa dengan ibu.

Takpe, ibu dah ampunkan. Ibu juga pernah buat salah dahulu. Maafkan ibu.

Ibu, Linda juga sayangkan ibu, Cuma…Linda terlalu sayangkan Nenek.

Linda. Ibu faham tu. Dia juga ibu kepada ibu. Besok balik ya.


Kata-kata ibu pada malam ini telah mematikan segala sangka burukku kepadanya selama 24 tahun ini.

Berkahwin kali kedua dengan lelaki yang bukan pilihan nenek dan lari jauh dari keluarga benar-benar

meninggalkan noktah hitam dalam hidup ibu. Ibu berhak memilih jalan hidupnya. Dia telah sedar dari

kesilapan. Tiada insan yang tidak pernah terlepas dari membuat kesilapan.


Rambut nenek kamu tu dah busuk sangat. Makcik nak mandikan dia tak nak. Makcik pula yang

disimbahnya". Kata makcik. Aku tersenyum. Nenek yang sedang bercakap-cakap seorangan aku jelling.

"Kesian nenek aku.Kau siapa uh? Kau nak bunuh aku yer? Kau buat apa ni?". Nenek menjerit-jerit di

dalam bilik mandi. Aku menggunting rambutnya pendek. Kuku tangan dan kaki aku potongkan. Aku gosok

dan berus kaki nenek yang kotor bermain lecak.Setelah selesai mandi nenek tersenyum riang. "Tidak

ubah umpama kanak-kanak kecil gembiranya dia". Bisik hatiku sambil menyisir rambut barunya itu.

Pakaikan bedak, losyen dan minyak wangi kepada nenek. Tiba-tiba nenek berkata "Terima kasih, kau je

layan aku baik-baik. Orang lain semua tak suka aku". Aku terkejut.


Tepat pukul tiga pagi.Ya Allah, mak. Apa yang mak buat ni? Masuk lah mak..hari dah malam ni". Aku

terdengar suara dari bawah. Tidak syak lagi itu suara makcik. Segera aku menuruni anak tangga dan

berlari keluar. Tiba-tiba hati terasa panas membara. "Sia-sia je aku bersihkan dia siang tadi, semua

sia-sia je". Hati aku berbicara.Aku terus keluar dari pagar untuk memujuk nenek masuk. Tetapi makcik

menghalang dengan alas an nenek terlalu kotor bermain air longkang. Aku tidak peduli aku terus

keluar.


Masuk nek, masuklah..dah malam. Mari..Linda mandikan nenek ye?". Pujukku.Hei perempuan!! Kau siapa

uh? Sebok-sebok jaga hal orang ni kenapa? Tiba-tiba nenek mengarut lagi.Nek, ini Linda nek. cucu

nenek". Hibanya hati aku nenek tidak kenal cucunya lagi.Linda!! Masuk..masuk.. biarkan je orang tua

tu. Dia dah nyanyok". Kata makcik sambil menarik aku masuk.Tidak makcik! Linda cuma akan masuk kalau

nenek juga masuk". Aku cuba berkeras. Kerana aku tahu kadang kala ingatan nenek aku pulih seketika.

Aku harus pandai memujuknya.Tiba-tiba nenek menerkam kearah makcik, lalu makcik jatuh. Tangannya

luka terkena batu. Aku terperanjat. Dengan perasaan marah yang membuak-buak kerana sikap nenek itu.

Aku menyentap tangan nenek yang masih lagi menolak-nolak makcik yang telah terjelepuk di atas

tanah.Masuklah!!!!! Menyusahkan orang je, orang nak jaga kau biar sehat, selamat, kau ni kenapa

menyusahkan orang uh!!!". Tiba-tiba aku naik hantu. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh menyakitkan

nenek dan memakinya sebegitu rupa.


Nenek yang terperanjat terpinga-pinga. Dia menggosok-gosok tangannya. Mungkin sakit kerana sentapan

aku tadi. Dia menangis. Manakala aku dipeluk kuat oleh makcik. "Sabarlah Linda, Demi Allah banyakkan

sabar nak". Kata makcik lagi.Awal pagi lagi aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Baju kurung

Aina, sepupu ku muat pula untuk aku pinjam. Sebelum keluar aku sempat menjenguk nenek. Tanganku

hulur namun dia diam membisu. Merajuk gayanya.Tak nak salam dah.. orang pun malas nak layan". Lalu

aku bangun dan menyusuri anak tangga.Nak pergi kerja ke?". Tiba-tiba nenek bersuaraErm, nak pergi

kerja". Balas ku pula. "elok pulak nenek ni". bisik hatiku.Kalau tak pergi kerja tak boleh?".

Soalnya pula.Mana boleh, kerja banyak. Bukan boleh buat main-main". Balas ku lagi.Janganlah pergi,

nanti nenek tak dapat jumpa Linda lagi". Kata nenek sayu.Apalah nenek merepek pagi-pagi ni? Sudahlah

Linda dah lambat". Kata ku


Erm…yelah..jalan baik-baik yer..bye-bye". Kata nenek sambil melambai.Masuk sahaja ke dalam kereta,

hatiku tidak henti-henti berdengup kencang. Lantas telefon ku dail.Hello Lia, Linda sini. Kalau saya

nak cuti kecemasan hari ni boleh tak?". Kataku kepada pembantu peribadiku Ellia."Erm..maaf puan

Linda, hari ni puan ada perjumpaan dengan lembaga pengarah dan ini kali yang kedua sejak tertangguh

bulan lepas". Jawab Ellia pula.Dengan berat langkah, ku teruskan jua perjalanan ke ibu kota. Di

dalam bilik mesyuarat tumpuan tidak dapat ku berikan. Aku cuma bermain-main dengan pen di jari

manakala di dalam kepala ku cuma terdengar-dengar nenek memanggil namaku.


Hello makcik, kenapa telefon Linda pagi-pagi ni? Linda tengah mesyuarat ni". Soalku apabila Ellia

menghulurkan telefon. "Linda…………..nenek kamu dah hilang". Kata suara di hujung talian. Lantas aku

berlari meninggalkan bilik mesyuarat. Biarlah nak jadi apa pun, nenek harus aku utamakan. "Nenek

tunggu Linda nek, Linda datang". Entah kenapa kata-kata nenek pagi tadi tiba-tiba bermain di

fikiran. "Janganlah pergi, nanti nenek tak dapat jumpa Linda lagi". Ya Allah selamatkanlah nenek

ku". Air mata mengalir.Makcik!! Apa yang telah terjadi ni?". Kata ku sebaik sahaja sampai ke rumah

makcik. Ibu, ayah serta saudara mara yang lain turut ada sama.


Kenapa ramai-ramai ni? Ingat ni kenduri orang mati ke?!!" jerkah ku kearah mereka semua. Sememangnya

semua tahu aku lah insan yang paling nenek sayang dalam dunia ni. Begitu juga aku.Suami ku pun

sampai setelah di maklumkan Pembantu ku Ellia. Tubuh aku di peluknya. "Sabar sayang,sabar ok".

Bicaranya. Tiba-tiba sahaja hujan turun dengan lebatnya. Petir berdentum. Hari pula menjadi

gelap.Mari semua, kita masuk dalam dulu, minum dan bersolat". Kata pakcik.Semua saudara mara yang

ada menuruti kata-kata pakcik tadi. Lantas aku bangun, genggaman tangan suami ku, aku

leraikan.Woi!!! Korang ingat korang tengah berkelah ke? Hujan je nak masuk dalam,.. minum-minum,

macamana dengan nenek Linda kat luar sana?? Dia dah hilang 7 jam yang lepas….ada korang fikir dia

dah makan ke belum? Sehat ke tidak? Basah ke tidak? Ada ke korang fikir semua tu???!!!". Aku

menjerit separuh gila.Linda!!!! Cukup tu cukup!!" tiba-tiba suamiku Rizal bersuara.Air mata mengalir

laju. Tidak pernah suami ku itu meninggi suaranya kepadaku. Baru dua bulan usia perkahwinan kami.

Saudara mara ku yang lain terus masuk ke dalam rumah meninggalkan aku yang terduduk memeluk baju

nenek sambil menangis."Linda….sayang. ingat kepada tuhan yang Esa. Setiap perkara yang terjadi semua

adalah di atas kehendakNya. Kita cuma mampu sabar dan berusaha". Rizal mengurut rambutku lembut. Dia

cuba memujuk.Wajah Rizal yang tenang ku renung.Tolonglah janji, tolonglah cakap kat Linda..nenek tak

apa-apa bang..tolonglah..". aku merayu kaki Rizal ku peluk sebelum aku rebah.



Sayang..Sayang..bangun solat maghrib". Suara Rizal dapat ku dengar.

Nenek mana bang? Nenek Linda mana?". Soal ku sambil memicit-micit kepala.

Sayang dengar cakap abang, kita solat dulu minta petunjuk dari Allah".

Abang janji dengan Linda, lepas solat kita pergi cari nenek Linda".

Abang janji sayang, abang janji". Kata Rizal sambil tersenyum.


Hujan masih lebat lagi diluar sana. Rizal berkeras untuk menunggu sehingga hujan berhenti baru

keluar untuk mencari nenek. Namun aku tidak sabar lagi. Aku nak cari nenek. Aku nak bagi dia baju,

mesti nenek sejuk. Aku nak bagi dia makanan, mesti dia lapar. Aku nak tidur dengan dia malam ni.

"Tolonglah bang..tolonglahhh". rayu ku lagi.Mungkin kerana kesian dan kasihnya di pada aku, Rizal

meminjam motor sepupuku untuk keluar juga dalam hujan lebat itu untuk mencari nenek. Walaupun di

larang keras Rizal supaya aku tinggal sahaja di rumah, aku tetap mahu mengikutnya. Aku mahu menjadi

insan pertama yang menjumpai nenek, aku mahu memeluknya, menciumnya.Rizal tidak berkata apa. Dia

menuruti sahaja permintaanku yang sudah bagaikan hilang arah. Sepanjang perjalanan aku

terjerit-jerit memanggil nenek.


Malu?? Sudah tiada dalam diri aku lagi perkataan itu. Di setiap kedai, di setip rumah aku bertanya .

namun semuanya sia-sia. Setelah dua jam berlegar-legar kami pulang dengan hampa. Aku pulang dengan

deraian air mata. Hujan masih belum berhenti. Aku demam. Aku memanggil-manggil nenek dalam tidurku,

air mata tidak henti-henti mengalir. Itulah yang dikatakan Rizal sebaik aku sedar pagi itu. Usaha

mencari diperluaskan lagi, kali ini melibatkan orang kampung, polis dan persatuan-persatuan

kampung.Hari kedua nenek hilang, tepat jam 7 malam. Satu panggilan aku terima. "Puan, sila hadir ke

balai polis, pihak kami rasa kami telah jumpa mangsa yang hilang". Aku tersenyum lalu menjerit

"Yeyyyyyyy!!! Nenek dah jumpa..siap-siap semua. Masak sedap-sedap, kejap lagi Linda bawa nenek

balik". Kata ku membuat semua tercengang-cengang.


Sampai-sampai di balai, aku terus berjumpa pegawai polis yang bertugas. "Mana nenek saya encik?".

Soal ku. Rizal tersenyum melihat perangaiku yang tidak sabar-sabar untuk berjumpa nenek. Pegawai itu

menjawab "Puan yang terima panggilan mangsa hilang tu ye". Soal pegawai itu pula. Ku cuma

menganggukkan kepala.Tiba-tiba keluar seorang lagi pegawai. Besar pangkat pegawai ini lagaknya.Puan

Linda?". Katanya.Ye saya, saya Linda, mana nenek saya encik?". Balasku pula Macam ni puan, saya

harap puan banyak-banyak bersabar...Belum pun ayat itu dihabiskan oleh pegawai berkenaan aku terus

berdiri, meja aku hentak dengan tanganku sendiri.Apa masalah awak ni? Saya tanya mana nenek saya.

Susah sangat awak nak jawab ni kenapa?". Soalku geram. Rizal turut bangun. Tubuhku dipeluknya. "Maaf

puan, memang pegawai saya ada jumpa nenek puan, tetapi izinkan saya menjalankan tugas saya sebaiknya

puan". Kata pegawai itu penuh adab.Baik…awak teruskan". Sambung ku lagi. Aku cuba bersabar.



Adakah nenek puan berambut pendek? Memakai baju kurung hijau dan cincin hitam?". Soal pegawai

itu.Ya…Ya…itu nenek saya. Memang dia pakai baju hijau semalam, dan memang dia ada sebentuk cincin

mainan bewarna hitam. Dia jumpa cincin tu dekat jalan". Balas ku lebih lanjut.Kalau begitu, saya

tidak syak lagi..mayat iaitu mangsa yang kami jumpai di Pulau Carey itu adalah nenek puan.. dan

puan boleh buat pengecaman esok pagi di Hospital Banting". Kata pegawai itu lagi.Aku bangun lagi

sambil menghentak-hentak meja. "Encik polis or apa-apa aja lah awak ni? apa awak cakap tadi?

Mayat??? Pulau Carey? Buat pengecaman?? Awak ni dah gila ke? Nenek saya hilang di

Sijangkang…macamana boleh sampai ke Pulau Carey?? Dia tu pelupa macamana dia boleh berjalan sejauh

itu.??? Awak ni dah gila lah!!!". Balas ku lagi.



Rizal bangun. "Linda..keluar duduk dalam kereta, telefon semua. Biar abang je uruskan semua ni".

Kata Rizal dengan pandangan yang begitu tajam. Aku tahu aku begitu biadap dengan pegawai itu. Namun

pegawai itu selamba sahaja dengan tingkahlaku ku itu. Dia memang seorang pegawai yang

berkaliber.Sebelum sempat aku melangkah, pemandanganku bertukar gelap lalu aku rebah lagi.

Sedar-sedar hari sudah pagi."Sayang…badan sayang panas ni. Sayang demam". Kata Rizal sambil

meletakkan tuala basah di dahiku. "Nenek mana bang? Nenek…………………... kataku sambil berlari ke bawah.

Diikuti oleh Rizal di belakang.

Sayang??? kenapa ni?. Soal Rizal yang pelik dengan tingkahku.

Nenek..nenek mana bang? Lin mimpi nenek hilang". Kata ku lagi.

Astaqfirrullah, mengucap Lin..mengucap banyak-banyak. Kata Rizal.

Nenek mandi ke bang? Nenek dah makan? Mana nenek bang?.

Sayang…pergi mandi dulu dan siap. Kita nak pergi hospital.

Jawab Rizal.Setelah bersiap-siap aku dan Rizal menuju ke hospital. Ramai sangat saudara-mara ku di

kawasan sekitar. Semua orang menangis-nangis. Aku berasa pelik. Kerana aku masih lagi rasa aku

sedang bermimpi. Aku terus berjumpa makcik yang terdiam sesekali dia mengelap air mata yang

menitik.Kita lawat siapa ni makcik?" kenapa semua orang nangis-nangis?". Persoalan ku tidak dijawab

malah tubuhku terus dipeluknya. Rizal berada di sampingku sepanjang masa. Katanya dia risau

sekiranya aku pengsan lagi nanti. Tiba-tiba keluar seorang doktor lagaknya. "Ada sesiapa lagi yang

hendak melihat arwah? Sebelum kami mandikan dan kapankan". Kata doktor itu selamba.Saya..dan juga

isteri saya". Balas Rizal tiba-tiba bersuara. Aku cuma memandang wajahnya penuh sepi mengharapkan

secebis kata-kata. "Kita masuk,..tengok arwah buat kali terakhir ye sayang.


akhirnya dia bersuara juga. Kakiku begitu lemah untuk berdiri. Lantai simen itu ku rasakan begitu

lembut sekali.Maaf tapi sila tutup hidung tuan/puan kerana berbau busuk". Kata seorang pembantu

perubatan di muka pintu bilik mayat. Aku lembik umpama tidak bertulang. Rizal memelukku erat. Segera

di bantu aku bangun dan berjalan. "Untuk kali terakhir sayang..kuatkan semangatmu". Bisik Rizal

lagi.Sekujur tubuh di sebuah katil besi tidak berlapik tilam hanya ditutupi kain hijau, arwah

kelihatan biru dan hijau, manakala gigi palsunya hilang ketika dia lemas. Begitu juga dengan sebiji

matanya telahpun hilang terkeluar kerana terlalu lama berendam di dalam sungai.Dengan tidak

semena-mena tangan kanan ku angkat. Aku ingin menyentuhnya. Aku ingin memeluknya. Rizal dan semua

yang berada di dalam bilik mayat itu menutup hidung dan ada yang hendak termuntah-muntah. Namun aku

seperti biasa lagaknya. Seolah-olah hidung ini telah tertutup. Tidak ada bau apa-apa yang aku dapat

rasakan.

Maaf Puan, mayat tidak boleh disentuh, kerana ianya telah mereput dan lembik nanti kulit dan isinya

akan melekat di tangan Puan. Baunya mungkin tidak akan hilang untuk seminggu dua ni". Kata Doktor

pula.

Dengan segera Rizal menarik tanganku. Aku rebah lagi. Sedar-sedar aku berada di dalam kereta. Menuju

ke tanah perkuburan. Van jenazah berada di hadapan kereta ku. Aku menangis tidak henti-henti.

"Nenek….inikah hadiah terkahir dari nenek untuk Linda?? Besok harijadi Linda nek? Selalu kita akan

meniup lilin kek bersama-sama nek.. kini nenek dah tinggalkan Linda…linda tak akan sambut Harijadi

Linda lagi nek..tidak tanpa nenek..". aku terus tertidur kerana keletihan.Arwah nenek dikebumikan di

tanah perkuburan Kampung Jawa. Tempat kelahirannya.Nenek di sahkan meninggal kerana terjatuh di

sungai berhampiran tempat tinggal makcik dan lemas lalu mayatnya di hnayutkan ke Pulau Carey yang

berdekatan. Alhamdullilah seorang nelayan yang menjumpai mayat arwah. Aku masih menangis di dalam

pelukan Rizal. Tubuhku begitu lemah untuk berdiri sendiri.Sayang…jangan menangis. Jangan sakiti

arwah yang nak pergi. Redha la sayang..jangan seksa mayat dengan menangis teresak-esak begini. Dari

sayang menangis baik sayang sedekahkan Al-Fatihah buat arwah". Kata-kata rizal menjadi pemangkin dan

semangat buatku di ketika ini.

Setelah Setahun kehilangan nenek. Aku mengandung. Anak kelahiranku yang begitu di impikan nenek

untuk ditatang selamat dilahirkan.Sesungguhnya kehadiranmu umpama angin salju. Dingin menyegarkan

kalbu..sentiasa mendamaikan jiwa yang sepi ini. Namun kau tetap akan berlalu..pergilah angin bawa

rinduku padamu..Nenek..setiap detik, setiap masa doaku hanya untukmu". Amin. Amin. Ya Rabbal Alamin.

Monday, August 24, 2009

Zarisya nurjannah...

Zarisya nurjannah



"Papa!!!!!Sya tak nak pergi…Sya tak nak balik kampung..Sya tak nak tinggal dengan atok..Sya tak nak sekolah kat

Malaysia.Sya tak nak!!!!!!!!!!" Zarisya Nur Jannah merenung papanya dengan wajah memerah. Air jernih deras mengalir

di pipi gebunya. Pandangannya kabur dengan air mata. Papa kejam!!!! Sanggup papa nak hantar aku balik Malaysia. Dia

memang tak sayangkan aku.!!!! Zarisya rasa bagai nak pitam. Hatinya memberontak. Jiwanya disagat duri. Oh no!!!

Kalau aku kena balik Malaysia, macam mana dengan team sorak aku. Aku terpaksa lepaskan title ketua sorak yang aku

pegang selama ni. Tinggal lagi dua tahun je lagi aku nak tamat sekolah tinggi. Aku nak habiskan saat-saat terakhir

bergelar pelajar sekolah tinggi dengan kawan-kawan aku. Michele, Elly, Shawn, Paul, Adzrian.



"Mama.cuti musim panas tinggal lagi dua minggu je. Lepas tu Sya akan masuk gred 4. Lagi dua tahun je Sya nak

sekolah. Lepas habis sekolah tinggi Sya balik Malaysia. Promise." Zarisya Nur Jannah menagih pula simpati mamanya.

Puan Syazira hanya tersenyum. Faham benar dengan perangai puteri tunggalnya ini. Keras hati dan kepala batu. Sama

dengan papanya.No excuse Zarisya Nur Jannah..Just pack your stuff and all what-so-ever thing you want bring back to

Malaysia. Tomorrow early morning, our flight to Malaysia at 6.30 a.m." Tegas nada Encik Zarihin Shawn sebelum

berlalu ke kamarnya. Termanggu Zarisya Nur Jannah di ruang tamu. Matanya sayu memandang mamanya yang hanya

menjungkitkan bahu lalu turut berlalu membontoti suaminya.



Dear,are you sure want to send Zarisya back to my hometown? Stay with my father?" Lembut Puan Syazira memicit bahu

suaminya yang sedang leka membaca surat khabar. Encik Zarihin Shawn sekadar mengangguk.Awak tak risau ke kalau

Zarisya buat perangai sama seperti dia tingal dengan kita? Abah saya dah tua, takkan larat dia nak mengawal perangai

nakal anak dara kita tu. Lagipun,mahu ke abah terima anak kita? Cucu dia yang lahir dari rahim anak derhaka seperti

saya ni????" Sebak suara Puan Syazira.Tangannya terhenti dari memicit bahu suaminya. Dikesat air mata yang jatuh

dengan hujung blausnya.Sayang, jangan kata begitu. Apa yang saya buat ini untuk kebaikkan kita semua juga. Untuk

menebus kesalahan kita berdua. Saya yakin abah awak akan terima Zarisya, satu-satu cucunya yang akan menyambung

zuriat keturunannya. Zarisya akan menyatukan kembali awak, saya dan abah awak yang dah lama terpisah. Ini masanya

kita kembali ke Malaysia. Kembali memohon keampunan dari abah awak.Awak tak nak ke jumpa dengan abah awak? Awak tak

nak ke temukan saya dengan ayah mertua saya? Awak tak nak ke temukan Zarisya dengan atoknya?" Encik Zarihin Shawn

memeluk erat tubuh isterinya erat. Puan Syazira teresak menangis dalam pelukan tubuh suami tersayang. Hatinya

dipagut rindu yang teramat kepada abahnya,Encik Amran yang hampir enam belas tahun tidak ditemuinya. Abah,maafkan

Zira. Zira banyak buat dosa terhadap abah.



MALAYSIA 15 TAHUN LEPAS

Abah,restuilah hubungan Zira dengan Zarihin. Zira yakin Zarihin akan bahagiakan Zira. Lagipun Zarihin dah peluk

Islam abah. Dia bukan peluk Islam sebab nak kahwin dengan Zira, tapi sejak dua tahun lepas. Sebelum kami bertemu

lagi abah." Air mata membasahi wajah Syazira. Encik Amran sekadar membatukan dirinya. Kesal benar dia dengan puteri

tunggalnya yang seorang ini. Susah payah dia membesarkan Syazira setelah kematian isterinya sewaktu Syazira berusia

tiga tahun, bila besar ini yang Syazira lakukan terhadapnya. Teganya Syazira ingin berkahwin dengan Zarihin Shawn

bin Abdullah, anak muda yang berasal dari Scottland itu. Ah,dia tahu, setelah Syazira berkahwin dengan anak muda

itu, pastinya Syazira akan dibawa pergi jauh darinya. Pastinya Syazira akan dibawa menetap di tempat kelahiran

suaminya. Pasti Syazira tidak akan pulang dan tinggal bersamanya lagi. Luluh hati tuanya mengenangkan semua

itu.Zira, selangkah kau keluar dari rumah ini, kau jangan lagi menoleh ke belakang. Selangkah kau keluar dari rumah

ini, kau jangan lagi kembali ke sini. Sebaik kau bergelar isteri kepada lelaki itu, kau bukan lagi anak abah." Encik

Amran terus berlalu ke biliknya. Air mata mengalir lesu di pipi tuanya.Abah….


Semakin deras air mata mengalir di wajah Syazira. Sampai hati abah membuangnya.
Sampai hati abah tak nak mengaku dirinya anak abah lagi. Abah,Zira tetap akan pergi. Tapi Zira janji abah, Zira

tetap akan pulang ke sini lagi bersama sejuta kebahagiaan untuk membahagiakan abah pula. Zarihin Shawn terkedu

melihat cerita realiti yang berlaku di depan matanya. Kejam sangat ke dia memisahkan seorang anak dengan ayahnya.

Kejam ke dia jika dia mengambil Syazira sebagai isteri dengan harapan dia akan lebih mengenali apa itu Islam.Zar,jom

kita pergi. Abah Zira dah buang Zira.Hanya Zar tempat Zira bergantung. Tolong jangan tinggalkan Zira." Erat Syazira

menggenggam tangan Zarihin Shawn. Matanya memancarkan sejuta cahya harapan. Zarihin Shawn hanya mengangguk sambil

tersenyum. Lalu,dengan langkah longlai mereka keluar dari rumah Encik Amran. Dengan harapan suatu hari nanti mereka

akan kembali pulang memberi kebahagiaan pada Encik Amran. Dari celahan jendela kamarnya, Encik Amran mengesat air

mata yang mengalir sambil melihat puteri tunggalnya meninggalkan rumah mereka. Pergilah anakku, jika itu yang kau

mahukan. Restu abah selalu bersamamu sayang. Gapailah kebahagiaan yang kau cari bersama bakal suamimu. Didiklah

zuriat yang bakal menjadi penyambung keturunan abah dan arwah ibu sebaiknya. Pulanglah bila kau merindui abah. Abah

akan tetap menerimamu. Maafkan abah kerana melukakan hatimu sayang.


LONDON SETAHUN KEMUDIAN


Congratulation Mr.Zarihin. Your wife had gave birth on 12.00 noon. A baby girl. Cute like both of you." Doktor

William Johnson tersenyum manis sambil berjabat tangan dengan Encik Zarihin Shawn. Hanya seribu kesyukuran terucap

dari bibir Zarihin Shawn sebaik mendengar berita itu. Terima kasih Ya Allah, kerana menghadiahkan kebahgaian yang

tidak ternilai ini buatku dan isteri. Abah, Zira selamat melahirkan zuriat penyambung keturunan abah.Sayang,terima

kasih untuk anak ini.." Zarihin Shawn mengucup dahi Syazira penuh kasih sayang. Dia mengendong buah hati mereka

berdua dan meiqamatkan puteri mereka dengan harapan akan menjadi anak yang soleh.Abang, kita namakan anak kita

dengan nama Zarisya ye." Lemah suara Syazira namun masih tersenyum manis.Kenapa Zarisya?" Zarihin Shawn mengerutkan

keningnya.Gabungan nama kita.Zari untuk Zarihin dan Sya untuk Syazira." Ringkas Syazira menerangkannya.Kalau

begitu,kita namakan anak ini Zarisya Nur Jannah,semoga anak ini akan membawa cahaya kebahgiaan kepada kita dan

penyuluh untuk kita menuju ke syurga." Zarihin Shawn mengucup dahi anaknya penuh kasih sambil diperhatikan oleh

Syazira.


Zarisya,cepat bangun. Kita dah terlewat untuk ke airport." Terpisat-pisat Zarisya Nur Jannah sebaik jeritan mamanya

menusuk gegendang telinga.Mama, give me half hour. I’m on my way to bathroom." Perlahan Zarisya melangkah ke kamar

mandi. Selesai mandi, Zarisya Nur Jannah mengambil wuduk dan menyarungkan telekung ke badannya. Dipandang sekilas

wajahnya ke dalam cermin, ayu jugak aku bila pakai telekung.Suci je muka. Tersengih dia seorang diri. Lantas dia

menunaikan solat Subuh dengan penuh khusyuk. Usai solat Subuh,dia menadah tangan berdoa.Ya Allah yang Maha

Pendengar, Kau dengarlah rintihan hamba ini. Sesungguhnya aku redha dengan segala takdir yang kau lakarkan dalam

hidupku ini. Aku redha andainya aku terpaksa pulang ke Malaysia dan menetap bersama abah mama. Kau tabahkan hatiku

untuk menyesuaikan diri bersama atok. Kau jadikan aku anak yang soleh. Yang mendengar kata. Jadikan aku insan yang

beriman. Amin ya Rabbul Alamin." Zarisya Nur Jannah melipat telekungnya dan menyimpan didalam beg pakaiannya.

Dicapai frame gambarnya bersama sahabat baiknya. Ditatapnya seketika sebelum disimpan didalam beg sandangnya. Lama

dia berteleku di atas katil bujangnya. Oh bilik, aku akan merinduimu.Longlai Zarisya menarik beg pakaiannya turun ke

bawah.Honey, are you ready dear?" Ceria suara Encik Zarihin Shawn menyambut puteri tuggalnya yang kelihatan

murung.Papa,Sya tak nak pergi..Lemah suara Zarisya Nur Jannah.Keputusan papa muktamad. Sayang,cepat!! Kita dah

lewat." Encik Zarihin Shawn memekik memanggil isterinya. Terkocoh Puan Syazira berlari keluar dari kamarnya sambil

membetulkan tudungnya.

I’m ready dear." Puan Syazira tersenyum manis. Sempat ditepuk bahu Zarisya Nur Jannah yang kelihatan seperti

mengelamun.Jom sayang.." Tangan Zarisya Nur Jannah ditarik lembut menaiki teksi yang sedang menunggu.



AIRpORT 6.00 a.m


Zarisya!! Wait for me.." Michele melambai tangannya pada Zarisya Nur Jannah yang sedang berjalan menuju ke balai

berlepas.Michele!!!" Terjerit Zarisya Nur Jannah sebaik melihat sahabat baiknya. Di belakang Michele, kelihatan

Elly, Shawn, Paul, dan Adzril Adzrian berlari anak membontoti Michele.Hey,macam mana korang boleh sampai sini.?"

Ceria suara Zarisya Nur Jannah menyambut sahabat baiknya.Sya, aku akan rindukan kau babe." Dah masuk mode sedih-duka

dah. Pandai pula Minah Saleh ni cakap Melayu. Haha. Semua ni hasil ajaran Zarisya Nur Jannah sekeluarga mengajar

rakan-rakannya cakap Melayu. Memang sahut slogan agungkan bahasa Malaysia.Michele,aku pun akan rindu kau la."

Zarisya Nur Jannah mengelap air mata yang hampir mengalir. Malas nak tambah kesyahduan.Sya, selalu online myspace

eh. And don’t forget update your blog. I will be the loyal follower for your blog dear." Tersenyum Adzril Adzrian

sambil mengangkat peace pada Zarisya Nur Jannah. Zarisya Nur Jannah tersengih.Ian, kau balik Malaysia bagitahu aku

tau." Adzril Adzrian hanya menggangguk. Adzril Adzrian membesar bersama-sama Zarisya Nur Jannah. Ayahnya CEO

syarikat terkemuka di London berkawan baik dengan papa Zarisya Nur Jannah juga pembimbing Encik Zarihin Shawn dalam

mendalami agama Islam. Adzril Adzrian selalu pulang ke kampung neneknya di Pulau Pinang,Malaysia. Sempat lagi tu

promosi tentang profile Adzril Adzrian.



Elly, aku akan rindu spaghetti yang kau selalu masak untuk aku." Zarisya Nur Jannah memeluk erat tubuh Elly Sorasta

Juanes, anak kelahiran Italy tetapi menetap di London bersama abangnya. Mereka pewaris kekayan Mikel Sorasta Juanes,

pemilik restoran spaghetti terkenal di London. Ibu bapa Elly telah meninggal dunia kerana terkoraban dalam kejadian

peaswat terhempas ketika Elly berusia enam tahun.Sya,nanti siapa yang akan tolong aku selesaikan soalan Add Math

Miss Kelly?" Shawn dah mula kesat air mata. Adoyai, sensitive betul anak Mat Saleh ni.Paul kan pandai Add Math

jugak." Zarisya Nur Jannah menepuk bahu Paul. Paul dan Shawn adalah kembar. Paling nakal tapi bijak. Cuma Shawn agak

lemah dalam subjek Add Math. Mereka menjadi buruan guru disiplin di sekolah. Selalu menimbulkan kekecohan tetapi

mereka punya hati yang baik dan amat menghormati orang tua. Lahir dalam keluarga sederhana, mereka selalu kesesakan

wang dan rajin mencari wang tambahan. Perkenalan mereka dengan Zarisya Nur Jannah bermula apabila mereka berdua

bekerja di pejabat milik Encik Zarihin Shawn ketika cuti musim panas lima tahun lepas. Kasihan dengan keadaan

mereka, Encik Zarihin Shawn mengambil mereka sebagai anak angkat sekaligus menyediakan dana pembiayaan sekolah untuk

mereka berdua.Oh Paul, jaga Shawn elok-elok dan selalu jenguk mama dan papa aku. I will miss you brother." Air mata

Zarisya Nur Jannah mengalir juga. Mereka saling berpelukan.
Sebuah ikatan persahabatan bakal menjadi sejarah.Honey, jom masuk." Encik Zarihin memeluk bahu Zarisya Nur Jannah

lembut.Sebaik bersalaman dengan sahabatnya, longlai Zarisya Nur Jannah masuk ke perut pesawat.London, I’m gonna miss

you!!!!!


Lapangan Terbang bayan lepas


Zarisya Nur Jannah orang terakhir keluar dari pesawat. Air mata mengalir laju. Rindunya dia pada kawan-kawannya.

Rindunya dia pada sekolahnya. Pada guru-gurunya. Pada London. Mama, Sya nak balik!!!!Sya, welcome to my homeland."

Puan Syazira mengukir senyuman manis. Terpancar kegembiraan pada wajahnya Jom Sya, papa dah sewa cab." Encik Zarihin

Shawn menolak troli yang dipenuhi bagasi mereka sekeluarga.Pa, kita nak pergi mana?" Zarisya mengusap perutnya yang

bergendang. Laparnya.Pergi makan. Papa tahu Sya laparkan." Encik Zarihin Shawn mengenyit matanya pada Zarisya Nur

Jannah. Zarisya Nur Jannah tersengih malu.Papa,apa ni?" Zarisya Nur Jannah menguis-nguis nasi hadapannya. Takkan lah

pagi-pagi dah makan nasi. Tak ada sandwich ke? Zarisya Nur Jannah bermonolog sendirian.Ni orang Malaysia panggil

nasi lemak. Sya tak ingat mama selalu cerita kat Sya tentang keenakkan nasi lemak, sambal belacan, roti canai, kari

kepala ikan." Penuh berselera Puan Syazira menyuap nasi lemak ke mulutnya. Zarisya Nur Jannah sekadar menelan liur.

Sedap ke? Perlahan dia mengaut sedikit nasi lemak di hujung sudu lalu menyuap ke mulutnya. Emm, not bad…Dan dengan

selera dia menikmati sarapan paginya itu. Encik Zarihin Shawn dan Puan Syazira sekadar tersenyum. Zarisya oh

Zarisya.


Mama, lambat lagi ke nak sampai?" Zarisya Nur Jannah mengeliat. Lenguh badannya duduk lama-lama dalam cab. Dah dekat

dua jam dah.Kejap je sayang. Sayang tengok luar, cantikkan." Puan Syazira menunjuk ke luar. Sawah padi terbentang

luas berlatarkan bukit bukau yang menghijau. Nyaman udara terasa. Sengaja Encik Zarihin Shawn meminta pemandu teksi

membawa mereka ke Kedah, negeri kelahiran Puan Syazira melalui jalan lama. Tidak menggunakan lebuh raya. Katanya nak

menikmati keindahan Malaysia.Cantik. Papa!!Tengok tu. Ada lembu. Eh, apa orang tu buat kat tengah padang tu?"

Serentak Puan Syazira dan Encik Zarihin Shawn ketawa. Pemandu teksi turut ketawa.Sayang, bukan padang tapi bendang."

Zarisya menggaru kepala, tak faham.Bendang ni ditanam padi. Bila padi dah masak, boleh dituai menjadi beras. Beras

dimasak menjadi nasi, makanan ruji rakyat Malaysia." Panjang penerangan Puan Syazira kepada puteri tunggalnya.Oh.."

Zarisya Nur Jannah sekadar mengganguk. Asyik benar dia menikmati keindahan sawah padi. Sempat dia merakam beberapa

keping gambar menggunakan kamera hadiah Adzrian di hari lahirnya.Opocot mak engkau.." Latahan pemandu teksi

mengejutkan mereka sekeluarga.




Pakcik, ada masalah ke?" Cemas Encik Zarihin Shawn menyoal.Dah sampai ke?" Teruja Zarisya Nur Jannah bertanya.Tak

ada apa Encik. Cuma ada kerbau melintas. Terkejut saya." Tersipu malu pemandu teksi itu. Meletus tawa Zarisya Nur

Jannah sekeluarga.Zarisya Nur Jannah nyenyak tidur sewaktu teksi dinaiki memasuki kawasan kampung kelahiran mamanya.

Riuh kelihatan nak kecil bermain. Puan Syazira tersenyum girang. Dalam masa yang sama, debaran turut dirasai. Apa

khabar agaknya abah? Sihatkah dia? Rindukah dia akan aku? Puan Syazira menggenggam erat tangan suaminya yang

mengusap lembut belakangnya. Kelihatan sebuah rumah tua, tersergam sepi di hujung kampung. Suasana sepi jelas

kelihatan. Daun-daun pokok rambutan bertaburan tidak disapu. Jendelanya tertutup rapat. Hanya pintu yang menghadap

jalan sedikit terbuka. Puan Syazira melangkah perlahan ke tangga rumah.Encik Zarihin Shawn mengikut di

belakang.Assalamualaikum." Salam dilaung. Tiada respon.Abah, Zira balik ni." Sebak suara Puan Syazira memanggil

abahnya.Papa, rumah siapa ni?" Zarisya keluar dari perut teksi menuju kearah Encik Zarihin Shawn. Mukanya tampak

kusut. Mungkin masih mengantuk.


Ini rumah atok Sya." Perlahan Encik Zarihin Shawn bisik di telinga Zarisya Nur Jannah.Abah, mana abah? Tak nak ke

abah jumpa Zira lagi." Air mata Puan Syazira mengalir laju. Suaranya serak. Zarisya Nur Jannah memeluk belakang

mamanya. Memberi semangat walaupun dia tidak tahu apa yang sedang berlaku kini.Kau dah pulang ye Zira." Terdengar

suara tua di sebalik pintu rumah. Perlahan pintu terbuka luas dan kelihatan wajah tua Encik Amran yang terjengul

keluar.Abah.." Puan syazira meluru kearah Encik Amran. Erat dia memeluk abahnya yang sekian lama di tinggalkannya.

Rasa pilu dan hiba menyelubungi keheningan pagi itu.Zarisya Nur Jannah hanya mampu melihat tanpa kata. Hatinya turut

dipagut hiba. Encik Zarihin Shawn turut mengesat air di pelupuk matanya.Abah, Zira minta ampun. Maafkan Zira kerana

tinggalkan abah seorang diri. Zira banyak dosa kat abah. Zira rindukan abah." Puan Syazira mencium tangan abahnya

berulang kali memohon keampunan.Abah dah lama maafkan kamu sayang. Abah juga merindui kamu. Kenapa kamu tak balik?

Marah sangat ke kamu dekat abah?" Encik Amran menahan sebak.



Empangan kolam matanya penuh dengan air mata. Air mata kerinduan, kesyukuran dan kesayuan. Terima kasih Ya Allah

kerana kembalikan anakku.Abah, mari Zira kenalkan abah dengan satu-satunya cucu abah. Sayang, mari sini salam dengan

atok." Puan Syazira menggamit Zarisya Nur Jannah ke sisinya. Zarisya Nur Jannah melangkah perlahan.A..at..atok.."

Tergagap Zarisya Nur Jannah mengucapkan perkataan yang tak pernah sekali dia menyebut. Oh, betapa tenangnya hati aku

bila melihat wajah tua atok. Atok, cucumu datang membawa seribu kebahagiaan buatmu. Zarisya Nur Jannah tersenyum

lalu menyalami tangan atoknya. Encik Amran menarik Zarisya Nur Jannah ke dalam pelukannya. Cucuku, pewaris

keturunanku.Abah, maafkan saya kerana membawa Zira pergi jauh dari abah." Encik Zarihin Shawn lantas menyalami bapa

mertuanya. Lama dia mencium tangan tua itu. Setitis air mata menitis di atas tangan Encik Amran.Zarihin, abah tak

pernah marahkan kamu. Abah yang salah meilai kamu sebelum mengenali siapa kamu sebenarnya. Terima kasih kerana

menjaga Zira sebaiknya dan memberikan abah waris keturunan abah yang comel ni." Encik Amran tersenyum lalu dia dan

Encik Zarihin Shawn berpelukan. Terima kasih Ya Allah kerana memberi kebahagiaan ini.



Mama, mama dah nak balik London ke?" Zarisya Nur Jannah melentokkan kepalanya diriba Puan Syazira.
Ye sayang." Puan Syazira mengelus lembut rambut Zarisya Nur Jannah yang keperangan itu. Bukan diwarnakan tapi

natural beauty. Hehehe..
Mama nak tinggalkan Sya kat sini ke?" Air mata Zarisya Nur Jannah mula bertakung di kolam mata. Ah, anak ini manja

benar Sayang, mama bukan tak sayangkan Sya tapi mama nak Sya belajar hidup berdikari. Selama ini, di London, segala

perihal diri Sya, ada orang yang tolong uruskan. Pergi ke sekolah dihantar driver, bangun pagi, maid yang kejutkan.

Makan pakai Sya, semua maid yang sediakan. Sya dah besar, dah sampai masanya Sya uruskan hidup Sya sendiri. Dan

belajar menjadi anak yang bertanggungjawab. Tak lama lagi, Sya yang akan mengambil alih kerusi CEO Zarisya Holding

dan anak-anak syarikatnya yang beratus cawangan di serata dunia. Sya akan menggantikan tempat papa. Sya kena belajar

hidup tanpa mama dan papa. Mana tahu, esok lusa, Allah nak tarik nyawa mama dan papa, kalau Sya tak bersedia macam

mana Sya nak teruskan hidup Sya?" Puan Syazira merenung anak kesayangannya yang terkebil-kebil mendengar setiap

patah katanya.


Mama, jangan cakap macam itu. Mama dan papa tak akan tinggalkan Sya kan? Mama dan papa akan terus hidup untuk Sya

kan? Mama, Sya sayang mama dan papa. Mama dan papa jangan tinggalkan Sya." Empangan mata Zarisya Nur Jannah pecah

jua. Hatinya berdebar. Kenapa mama bercakap seolah akan pergi jauh meninggalkan aku? Tidak!! Tuhan, jangan Kau ambil

mama dan papa aku. Aku masih kecil untuk ditinggalkan sendirian.Ye sayang, mama dan papa pun sayangkan Sya. Sya

duduk di sini jangan nakal-nakal tau. Jaga atok. Atok dah tua, kalau Sya nakal-nakal, dia dah tak larat nak mengawal

Sya. Jangan buat atok jatuh sakit." Puan Syazira mencium dahi Zarisya Nur Jannah berulang kali.Sya janji. Sya akan

jadi anak yang baik. Mama dan papa selalu balik sini tau. Selalu datang jenguk Sya dan atok. Kalau mama dan papa tak

balik sini, Sya bawa atok pergi London." Zarisya Nur Jannah tersenyum. Puan Syazira mencubit pipi anaknya. Tuhan,

Kau berikanlah kebahagiaan dalam hidup anakku. Kau tabahkan hatinya menghadapi setiap dugaan hidup ini. Jadikan dia

anak yang baik, yang solehaha, yang akan membawa aku dan suami ke syurga. Jadikan Zarisya Nur Jannah insan beriman,

insan yang selalu membantu dan berhati mulia. Puan Syazira mencium sekali lagi dahi puteri tunggalnya. Sayang, mama

sayangkan kamu. Jaga diri kamu sebaiknya.



Berita terkini. Pesawat Boieng 007 yang membawa penumpang dari Malaysia ke London telah terhempas. Kesemua penumpang

disahkan maut akibat letupan pesawat setelah terhempas. Ahli keluarga mangsa yang terlibat boleh mendapatkan

pengesahan dari pihak MAS.Sekian, berita TV3." Langkah Zarisya Nur Jannah terhenti. Jantungnya bagai nak luruh.

Lidahnya kelu. Air mata tak henti mengalir. Badannya sejuk. Telefon bimbit di tangannya terhempas ke lantai.

Panggilan Adzril Adzrian tidak dihiraukannya lagi. Kalau tadi dia tersenyum girang menerima pangilan ‘3g’ dari

Adzril Adzrian, tapi kini wajahnya berubah. Hanya air mata yang mampu ditatap oleh Adzril Adzrian. Tak!! Mama dan

papa masih hidup. Mereka dah selamat sampai ke London. Zarisya Nur Jannah menjerit. Namun jeritannya tak siapa yang

dengar. Mama, papa!!! Jangan pergi. Sya masih perlukan mama dan papa. Mama, papa..!!! Sya sayang mama dan papa.Sya,

bangun Sya." Pipinya ditepuk perlahan. Zarisya Nur Jannah membuka matanya sedikit. Pandangannya kabur. Kepalanya

pening.Atok.." Lemah suara Zarisya Nur Jannah memanggil atoknya.Ye cu. Atok kat sini." Encik Amran cuba tersenyum.

Sabarlah cucuku, semua ini dugaan Allah buat kita.


Kasihan kamu, masih muda untuk menerima hakikat yang kamu kini anak yatim piatu.Mama mana? Papa? Atok, mama dan papa

masih hidupkan? Mereka tak terlibat dalam kejadian pesawat terhempas tu kan?" Zarisya Nur Jannah menggogoi pilu.

Wajahnya basah. Hidungnya merah.Sayang, mengucap sayang. Terima takdir ini dengan redha. Atok masih ada buat kamu.

Terimalah hakikat ini sebagai dugaan buat kita." Encik Amran memeluk erat cucunya. Namun dia sendiri menangis.

Pedihnya hati hanya Tuhan yang tahu. Syazira,anak tunggalnya tinggalkan dia sekali lagi. Kali ini, dia tak akan lagi

pulang ke pangkuannya. Ya Allah, cubaan apa ini? Tabahkan diriku Ya Allah.Atok, Sya dah jadi anak yatim piatu atok.

Sya dah tak ada mama. Dah tak ada papa. Atok, Sya rindukan mereka. Sya nak mereka." Zarisya Nur Jannah meraung

hiba.Bersabar Sya. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya." Encik Amran mengusap belakang cucunya. Cucuku, jangan

menagis sayang. Atok tak akan tinggalkan kamu. Atok akan jaga kamu seperti mana mama dan papa kamu menjagamu. Ini

janji atok buatmu.



Michele dan Elly memeluk erat Zarisya Nur Jannah. Zarisya Nur Jannah sekadar membatukan diri. Terasa kosong

hidupnya. Bagaimana dia nak lalui semua ini? Babe, I know you are strong. Sabar ok. Aku pernah lalui apa yang kau

lalui. Memang sakit tapi dalam sakit itu akan ada kebahagiaan." Elly mengusap belakang Zarisya Nur Jannah.Sya, awak

kena tabah. Kami semua selalu ada disisi awak jika awak perlukan kami." Michele menggenggam erat tangan Zarisya Nur

Jannah.Thank guys. Korang memang sahabat terbaik aku." Zarisya Nur Jannah tersenyum hambar. Syukur dia punyai

sahabat seperti mereka semua. Yang selalu ada saat suka dan duka.Aku tak akan biar kau lalui hidup ini seorang diri

Sya." Adzril Adzrian merenung dalam anak mata Zarisya Nur Jannah.Ian, aku tak kuat." Perlahan Zarisya Nur Jannah

lepaskan keluhan. Berat.Kau kuat. Zarisya Nur Jannah yang aku kenal tak mudah mengalah. Kau kena bangkit. Kau masih

ada banyak tanggungjawab yang perlu kau pikul. Atok kau, perniagaan papa kau, pelajaran kau. Kau tak boleh hancurkan

semua itu. Kau nak ke tengok perniagaan yang papa kau usahakan dari bawah berkecai macam itu je? Kau nak mama kau

sedih bila tengok kau abaikan pelajaran kau? Kau nak biarkan atok kau seorang diri balik ke?" Keras nada Adzril

Adzrian. Merah mukanya menahan rasa. Hatinya pedih melihat keadaan Zarisya Nur Jannah. Baru semalam dia melihat

senyum Zarisya Nur Jannah di layar skrin telefon bimbitnya ketika mereka ber‘3g’. Tapi hari ini, yang hanya mampu

dilihat di wajah Zarisya Nur Jannah ialah kesugulan dan kekecewaan. Sahabat, buktikan pada semua kau gadis yang

tabah.Ian, aku rindu mama dan papa." Zarisya Nur Jannah menangis semahunya di bahu Adzril Adzrian.Sabar Sya.."

Adzril Adzrian menepuk bahu Zarisya Nur Jannah lembut.Ian, panggil Zarisya. Dah sampai masa untuk kebumi mayat."

Papa Adzril Adzrian menggamitnya. Adzril Adzrian memimpin Zarisya Nur Jannah ke tanah perkuburan.Sahabat mereka yang

lain membontoti dari belakang. Hanya kasayuan dan kesedihan menyelubungi suasana saat itu.



Sebaik imam selesai membaca talkin, seorang demi seorang mula menapak meninggalkan tanah perkuburan. Encik Amran

menepuk bahu Zarisya Nur Jannah yang masih berteleku di tepi kubur papa dan mamanya.Sya, pulanglah ye cu.." Encik

Amran memujuk.Tak nak. Sya nak duduk dengan mama dan papa. Sya tak nak tinggalkan mereka. Atok balik lah. Sya nak

duduk kat sini." Zarisya Nur Jannah menahan sebak. Air mata ditahan dari jatuh. Hatinya sayu.Mama, siapa nak peluk

Sya lepas ni bila Sya sedih. Papa, siapa nak cium dahi Sya lepas ini bila Sya nak tidur. Mama, Sya demam siapa nak

buatkan sup ayam untuk Sya? Papa, Sya rindu Papa. Sya nak papa mainkan gitar untuk Sya seperti dulu. Mama, Sya nak

mama nyanyi untuk Sya macam dulu. Mama, papa, bangun lah. Jangan tinggal Sya seorang diri macam ini." Encik Amran

mengesat air mata yang jatuh di pipi. Adzril Adzrian di sisi terkelu lidah. Michele, Elly, Shawn dan Paul turut

menitiskan air mata.Sya, jangan macam ini. Tak tenang roh mama dan papa kamu kat sana." Encik Amran memujuk.Atok,

atok baliklah dulu. Sya nak duduk sekejap dengan mama dan papa." Serak suara Zarisya Nur Jannah.Atok, biar kami yang

temankan Sya dekat sini. Atok balik lah dulu." Adzril Adzrian memegang lengan Encik Amran. Encik Amran hanya

mengangguk lesu. Perlahan dia berjalan meninggalkan Zarisya Nur Jannah bersama kawan-kawannya. Tabah lah wahai

cucuku.Sya, bersabar Sya. Kau tak boleh meratap macam ini. Berdosa. Tak tenang roh mama dan papa kau." Adzril

Adzrian memegang bahu Zarisya Nur Jannah.Ian, mama dan papa aku.." Zarisya Nur Jannah menagis lagi.



Beratnya dugaan yang dilaluinya ini.Sya, lets go back." Michele cuba memujuk.ya, kuatkan hati kau." Elly meniupkan

kata semangat.Sya, I miss papa and mama too. Tapi kita kena terima takdir ini." Paul berkata perlahan. Shawn sekadar

mengangguk. Hatinya turut dipagut pilu. Ibu dan bapa angkatnya telah pergi jauh meniggalkannya.Sya, kita balik

okey." Adzril Adzrian memegang lembut lengan Zarisya Nur Jannah. Zarisya Nur Jannah sekadar mengangguk. Dengan

langkah longlai, mereka berenam meninggalkan tanah perkuburan itu.


Sya, jaga diri. Apa-apa hal kau call je aku." Adzril Adzrian tersenyum manis.Sya,take care okey." Michele memeluk

Zarisya Nur Jannah diikuti Elly.Korang, thanks a lot sebab datang. Aku terhutang budi dengan korang." Zarisya

tersenyum namun hambar. Jelas kesedihan masih terpancar di matanya.Tak ada hal la Sya. Kau kan kakak aku dan Shawn.

Mestilah kami datang kat kau." Paul menumbuk lembut bahu Zarisya Nur Jannah.Paul, Shawn, jaga diri okey. " Zarisya

memegang tangan mereka berdua penuh kasih seorang kakak. Walau sekadar kakak angkat mereka, tetapi dia amat

menyayangi mereka berdua.Zarisya, pakcik dan makcik balik dulu. Jaga diri. Jaga atok elok-elok. Jangan nakal-nakal

okey." Zarisya Nur Jannah pantas menyalami tangan Encik Badrul dan Puan Hasnah. Lama dia dipeluk oleh Puan Hasnah.

Terasa seakan pelukan mamanya. Mama, Sya rindu mama.Makcik, pakcik. Terima kasih sebab datang." Encik Badrul

mengusap lembut kepala Zarisya Nur Jannah. Zarihin, aku kan jaga nak kau sebaiknya. Tenanglah kau disana sahabat.

Sebaik sahabatnya pmemasuki perut pesawat. Zarisya Nur Jannah bergegas pulang. Atok seorang diri di rumah. Banyak

benda harus diselesaikannya. Zarisya Nur Jannah, go girl. Awak kuat untuk hadapi semua ini. Zarisya Nur Jannah

tersenyum. Semangatnya kembali.


MAMA,PAPA..I MISS YOU Hari ini, genap seratus hari mama dan papa pergi meninggalkan aku. Hari ini juga genap sebulan

aku berada di Malaysia, tinggal bersama atok. Terasa lain benar hidup aku sekarang ini. Tanpa mama dan papa, tanpa

Ian, tanpa Michele, tanpa Elly dan adik kembarku Shawn dan Paul. Rindunya aku pada mereka.Esok, aku akan kembali

bersekolah. Hurm…macam mana agaknya suasana persekolahan di Malaysia yea? Sama ke dengan di London. Tapi yang pasti,

di sini aku kena pakai baju seragam. Baju kebangsaan Malaysia, baju kurung. Wah, rasa gementar pula aku. Macam mana

agaknya kawan-kawan kat sini eh? Guru-gur kat sini garang ke juz nice? Hurm…Hidup di kampung benar-benar mengajar

aku erti berdikari. Kat sini, tak ada siapa yang nak kejutkan aku bangun pagi, gosok baju aku, masak untuk aku..



Semua aku yang buat sendiri. Mula-mula, everything I felt so hard. Aku tak pernah belajar memasak, membasuh, iron

baju. Malah dulu kat London, maid akan kejutkan aku bangun pagi. Kalau aku terlewat bangun, maid menjadi mangsa

mulut celupar aku. Sekarang, semuanya berubah sekelip mata.Mula-mua memang kelakar ya amat. Pertama kali masak nasi,

nasi jadi bubur. Goreng ikan hangus. Berasap dapur atok hari tu. Mula-mula aku ingat atok nak mengamuk, tapi dia

ketwa je. Atok is the best. Dia tak marah langsung kat aku. Dia cium pipi aku kiri kanan dan kata dia sayang aku.

Lepas tu, kami masak sama-sama. Petang-petang, dia bawak aku keliling kampung naik motosikal EX5 dia. Memang best.

Dia bawak aku makan laksa kat warung Makcik Senah, dia ajar aku makan ABC, cendol, pulut udang. Yummy, semuanya

sedap-sedap. Hahaha, memang berisi badan aku duduk kat sini. No diet anymore. Malam-malam pula dia ajar aku baca Al

-Quran, cerita kat aku tentang Islam, tentang arwah mama, arwah nenek. Atok memang pandai bercerita. Jiran-jiran kat

sini pun baik-baik. Mak Jang Liah selalu ajar aku memasak. Walaupun mulut dia agak suka pot-pet-pot-pet tapi dia

baik. Aku dah anggap dia macam ibu aku. Pak Jang Hasan pun baik. Dia ajar aku tangkap ikan dalam sawah. Main lumpur

aku hari tu. Hehehehe..



Kawan pertama aku dapat bila kat sini ialah Zara Ezalea Amira.. Sedap kan nama dia. I juz call him Zara. Dia cucu

Mak Jang Liah. A nice girl. Dia banyak ajar aku bahasa daerah ini.. Terkial-kial jugak lidah aku nak cakap. Hahaha..

Lepas tu dia kenalkan aku dengan kawan-kawan yang lain. Kat sini pun aku ada lima orang kawan baik. Same je macam

kat London. Kalau kat London aku ada Ian, Michele, Elly, Shawn dan Paul kat sini aku ada Zara, Rynn, Epol, Kri dan

Fird. Diorang sahabat yang baik.Hurm, I got to go. Atok dah panggil. Sayonara my deary diary blog. Lain kali aku

update lagi. Muahx;-* Luv u so much.


p/s :: Ian, Michele, Shawn, Elly n Paul..Korang jua sahabat terbaik buat aku;-)

TAMAT


Zarisya Nur Jannah menutup laptop hadiah papanya ketika hari lahir ke-13 nya. Pantas dia berlari mendapatkan atoknya

di muka pintu.Atok, kenapa?" Zarisya Nur Jannah duduk di bendul pintu rumah sambil menongkat dagu.Sya buat apa dalam

bilik tu? Bergayut dengan Ian ye." Encik Amran mengenyit mata pada cucunya.Atok ni.. Merepek je lah. Sya tengah

update blog je." Zarisya Nur Jannah tersipu malu.Ha, apa tu? Belog?" Encik Amran menggaru kepala. Maklumlah orang

tua kampung, mana dia nak tahu tentang blog segala.Blog lah atok, bukan belog.. Hehehehe.." Zarisya Nur Jannah

menahan tawa. Kelakarlah atok aku ni.Apa-apa je lah. Ni, atok nak ke pekan. Sya nak ikut tak?" Encik Amran menyarung

kasutnya di hujung tangga.Ha, nak buat apa?" Zarisya Nur Jannah mengeliat kiri dan kanan.Ish budak ni, tak elok anak

dara mengeliat kat muka pintu. Atok nak pergi shopping. Hehehehe. Beli barang dapur." Selamba Encik Amran berkata.

Zarisya Nur Jannah tersengih.



Sya nak ikut!!" Pantas Zarisya Nur Jannah berlari anak ke bilik. Menukar baju. Seluar jeans skinny jenama Levi’s dan

sehelai baby tee warna pink lembut di sarung ke tubuhnya. Rambutnya yang lurus dikat ekor kuda. Disapu sedikit bedak

Silky Girl ke wajah dan secalit lip gloss di bibir. Walaupun ringkas, Zarisya Nur Jannah tetap kelihatan comel.

Persis arwah mamanya.Atok, let go!!!" Zarisya melompat masuk ke dalam kereta Mercedes Compressor Hitam berkilat

atoknya hadiah dari arwah papa. Kebahagiaan jelas tergambar di wajah. Saat duka telah beransur pergi namun arwah

mama dan papa tetap di rindui.


Kelas, bangun semua.. Assalammualaikkum
cikgu." Ketua kelas Tingkatan 4 Neutron 1 memberi salam kepada Cikgu Kamal diikuti pelajar lain.

Waalaikummussalam. Kamu semua boleh duduk. Okey kelas, hari ini, kamu akan menerima sahabat baru. Dia baru sahaja

berpindah ke sini. Jadi saya harap kamu semua boleh memberi erjasama padanya. Saya tidak dapat mengajar kamu hari

ini kerana ada mesyuarat tergempar, jadi harap kamu jangan menimbulkan ekecohan. Malu sayan dengan pengetua. Farid,

jaga kelas." Cikgu Kamal merenung ketua kelas tersebut, Farid Raziqin.


Baik cikgu. Arahanmu akan saya laksanakan." Kata-kata Farid Raziqin mengundang tawa rakannya yang lain. Cikgu Kamal

hanya mengeleng. Faham benar akan peel pelajarnya yang seorang ini. Tak pernah serius.Zarisya, awak boleh masuk dan

kenalkan diri awak pada rakan-rakan." Berdebar jantung Zarisya Nur Jannah. Mukanya merah.Ass.. salam.. mualaikum.."

Tergagap Zarisya Nur Jannah memberi salam. Matanya melekat di lantai. Tak berani dia mengangkat wajahnya. Malu.Awak,

tengok depan lah." Farid Raziqin menjerit. Tersentap Zarisya Nur Jannah. Perlahan dia mengangkat wajahnya. Senyuman

nipis dilayangkan buat rakan sekelasnya yang baru. Semua mata tertancap pada wajah comel Zarisya Nur Jannah. Farid

Raziqin jatuh rahang. Terkelu lidah. Subhanallah.



Indahnya ciptaan Allah.Saya Zarisya Nur Jannah. Sebelum ini menetap di London dan bersekolah di Sekolah Tinggi

Beverly Hill. Harap kawan-kawan bantu saya menyesuaikan diri di sini." Zarisya Nur Jannah menarik nafas lega.

Matanya tertancap pada Zara Ezalea Amira yang tersenyum sambil melambai tangan padanya. Dia membalas senyuman itu.

Sebelah Zara Ezalea Amira, Airynn Natrah tersengeh. Di belakang mereka, Dhani Firdaus dan Raziqin Hairul Syukri

tersengeh sumbing. Di sebelah kiri meja Dhani Firdaus, Zaiful Zahidi duduk menepuk kerusi kosong di sebelahnya.

Pantas Zarisya Nur Jannah mengorak langkah ke arah Zaiful Zahidi.Epol, aku duduk tepi kau lah ye." Perlahan Zarisya

Nur Jannah berkata. Zaiful Zahidi sekadar mengangguk.Okey kelas, saya nak keluar dulu. Farid, kelas bising awak lari

50 pusingan padang." Cikgu Kamal berlalu keluar kelas.Ai…ai cikgu.." Farid Raziqin sedikit terjerit. Serentak itu,

kelas yang tadinya sunyi bertukar nada. Gelak tawa dan suara pelajar bergabung membingitkan telinga. Zarisya Nur

Jannah terkedu. Mak ai student kelas ni, attitude zero. Tapi, aku suka..


Hahahaha…Weh Sya, hang tak bagitau pun start sekolah hari ni.." Dhani Firdaus menarik kerusinya merapati meja

Zarisya Nur Jannah. Begitu juga dengan Hairul Syukri, Airynn Natrah dan Zara Ezalea Amira. Mereka membentuk satu

bulatan seolah mengadakan sidang tergempar.Saja je aku nak buat surprise." Zarisya Nur Jannah tersenyum.Weh, cute

jugak hang pakai baju kurung. Hakhakhak.." Hairul Syukri memandang Zarisya Nur Jannah atas bawah.Wei Kri, aku memang

sentiasa comel. Apa pandang-pandang ni?" Zarisya Nur Jannah kurang senang dengan pandangan Hairul Syukri.Sya, jangan

dilayan Kri ni. Gatal dia kalah miang buluh." Airynn Natrah menjelir lidah pada Hairul Syukri. Gelagat mereka berdua

menimbulkan tawa yag lain.Ehem, rancak nampak." Satu suara mengejutkan mereka berenam. Farid Raziqin memeluk tubuh

sambil bersandar di meja.Nak join ke?" Selamba Zara Ezalea Amira berkata. Wajahnya menampakkan rasa menyampahnya

pada Farid Raziqin.


Boleh juga." Farid Raziqin lantas duduk mencelah antara Zara Ezale Amira dan Airynn Natrah. Memang muka tembok.Weh

Farid, hang ni awat? Tak malu ke?" Airynn Natrah menyinga. Geram betul dia dengan perangai Farid Raziqin.La, dah

Zara tanya aku nak join ke tak, aku just say yes la babe. Salah ke?" Farid Raziqin buat muka selamba. Di belakangnya

berdiri Ikhwan Nazrin dan Nabil Azizi. Pengikut setia Farid Raziqin. Zarisya Nur Jannah sekadar mebatukan diri.

Begitu juga dengan Hairul Syukri, Dhani Firdaus dan Zaiful Zahidi. Mereka sekadar menjadi pemerhati pertengkaran

tiga penjuru itu.Ish, hang blah la." Airynn Natrah menolak tubuh tegap Farid Raziqin.Relek ar babe, aku pun nak

kenal-kenal dengan anak Mat Saleh celup ni." Farid Raziqin mencuit dagu Zarisya Nur Jannah.



Tersentap Zarisya Nur Jannah. Pantas tangannya menepis jari Farid Raziqin. Mukanya merah.Wow, garangnya anak Mat

Saleh celup ni." Farid Raziqin mengangkat keningnya pada dua rakannya. Mereka sekadar ketawa.Wei Farid, hang jangan

melampau." Hairul Syukri bangun bercekak pinggang.Lu apahal bro, aku tak ada kacau hang kan? So, hang blah dari

sini." Farid Raziqin menolak Hairul Syukri. Hairul Syukri hampir menumbuk muka Farid Raziqin namun Zarisya Nur

Jannah lebih tangkas memegang kemas lengan Hairul Syukri. Zarisya Nur Jannah hanya menggeleng kepala tanda tidak

bersetuju pergaduhan itu.Kri, duduk lah. Just ignore this jerk man." Zarisya Nur Jannah menarik Hairul Syukri duduk.


Konon nak tunjuk hero." Farid Raziqin menunjal kepala Hairul Syukri. Kali ini, Zarisya Nur Jannah pula bangun.

Penumbuk sulungnya tepat mengena perut Farid Raziqin. Terkelu lidah seisi kelas.Behave your self man.." Zarisya Nur

Jannah bangun berlalu. Empangan matanya pecah. Air mata membasahi wajahnya. Zarisya Nur Jannah berlari masuk ke

belakang bangunan sekolah. Dia menangis semahunya di situ.Ian, aku rindu kau. Kalau kau ada kat sini, pasti semua

ini tak akan berlaku. Kalau kau ada kat sini, pasti tak ada siapa berani kacau aku. Ian, aku nak sekolah dengan kau.

Ian, datang lah ambil aku balik ke London." Zarisya Nur Jannah menangis teresak-esak.



Hey Sya, kenapa menangis kat sini? Kau kena kacau lagi ye." Adzril Adzrian tersenyum sambil duduk mencangkung di

sebelah Zarisya Nur Jannah.Ian, macam mana kau boleh ada kat sini?" Zarisya Nur Jannah merenung hairan. Dikesat

segera pipinya yang dibasahi air mata.Kau kan sayang aku. Tiap kali kau perlukan aku, aku akan datang untuk kau."

Adzril Adzrian mengangkat keningnya sambil senyum. Kacak.Zarisya Nur Jannah turut tersenyum. Dia melentokkan

kepalanya di bahu Adzril Adzrian. Terasa tenang.Kau jangan risau, lepas ni, Jimmy tak akan berani kacau kau lagi.

Aku dah bereskan dengan Shawn dan Paul. Dah, jangn nangis lagi. Tak cute la bila kau menangis my princess." Adzrian

mengesat sisa air mata di pipi Zarisya Nur Jannah.Thank you Ian, you are my hero.


Zarisya Nur Jannah membisik lembut di telinga Adzrian.Sya.
Zarisya Nur Jannah tersentak dari lamunan. Kenangan bersama Adzrian ketika Gred 2 tenggelam. Wajah Adzrian diganti

wajah Zara Ezalea Amira dan Airynn Natrah.Ian.." Satu keluhan dilepaskan Zarisya Nur Jannah. Air mata dikesat. Dia

cuba tersenyum. Namun pahit. Hatinya memberontak. Kenapa hanya ilusinya. Kenapa bukan Ian sebenar datang pujuk aku.

Rindunya aku pada Ian. Ian yang selalu melindungi aku. Ian yang selalu membantu aku. Ian yang selalu mengesat air

mata aku. Ian yang selalu membuat aku ketawa. Ian yang selalu bercerita. Ian yang suka mengenyit mata pada aku.Hey

Sya, mengelamun lagi eh." Airynn Natrah menolak lembut bahu Zarisya Nur Jannah sambil tersenyum.



Sya, siapa Ian tu?" Zara Ezalea Amira mula mengorek rahsia.Kawan aku. Kawan baik aku. My childhood." Ringkas Zarisya

Nur Jannah berkata.Pakwe hang eh?" Airynn Natrah sengeh. Zara Ezalea Amira tayang gigi.Korang ni, sibuk je.."

Zarisya Nur Jannah tayang muka menyampah tapi turut tersengeh.Cerita la kat kami tentang kawan-kawan hang kat London

nu. Tentang Ian." Zara Ezalea Amira menongkat dagu sambil bersila di atas simen koridor belakang bangunan.Hurm,

ponteng kelas ni, takpe ke?" Zarisya Nur Jannah buat muka bersalah.Okey je. Kitorang kamceng dengan cikgu

disiplin." Airynn Natrah senyum sipu. Nampak sangat muka budak nakal. Zarisya Nur Jannah sengeh lagi. Macam aku kat

London jugak.Okey, aku dulu kat London macam korang la jugak. Wanted. Selalu ponteng kelas. Selalu buat kecoh. Kat

sekolah aku tu, sebut nama aku dan Adzrian, semua kenal. Kami digelar Devil Couple. Hehehe.. Nakal. Parents aku dan

Ian dah naik muak dengan tingkah laku kami. Selain aku dan Ian, ada empat orang lagi yang selalu lepak dengan kami.

Michele, Elly, dan adik kembar aku. Shawn dan Paul.." Zarisya Nur Jannah tersenyum.Adik kembar? Kenapa tak bawak mai

sini?" Zara Ezalea Amira buat muka excited.Sebenarnya diorang cuma adik angkat aku je. Arwah papa ambil diorang

sebagai anak angkat sebab nak bantu diorang. Diorang lahir dalam keluarga yang susah. Sebenarnya diorang sebaya je

dengan kita. Cuma aku tua lima bulan dari diorang. Tu diorang panggil aku kaka. Aku ta kisah. Hensem tau adik kembar

aku.Hahaha." Zarisya Nur Jannah sengeh sumbing. Airynn Natrah tayang muka gedik. Menyampah.Kenalkan dekat aku."

Airynn Natrah kedip-kedip mata. Kelakar.Gatal.." Serentak Zarisya Nur Jannah dan Zara Ezalea Amira menjerit lalu

ketawa.Okey,sambung cerita. Elly sama je macam aku. Mak bapak dia meninggal dunia sebab pesawat terhempas jugak.

Time tu umur dia baru tiga tahun. Dia duduk dengan abang dia sekarang ni, Jonathan Sorasta Juanes. Lelaki idaman

semua student perempuan kat sekolah aku. Elly ni manja tapi dengan abang dia je. Bila dengan kami, ganas bukan main.

Dia jenis otak gila-gila. Pandai masak spaghetti.




Michele pulak anak peniaga roti kat kawasan tempat tinggal aku. Paling pandai. Otak genius. Tapi selalu ajak aku aku

ponteng kelas. Kelakar. Shawn dan Paul, paling nakal. Hari-hari ada je kekecohan yang diorang buat kat sekolah.

Pernah satu hari tu, diorang letupka bilik guru dengan mercun tanda protes cuti peristiwa hari sukan dibatalkan.

Memang gempar satu sekolah dan dipendekkan cerita, kami semua memang dapat cuti. Sebab cikgu-cikgu trauma." Pecah

tawa Airynn Natrah dan Zara Ezalea Amira.Shawn dan Paul apa jadi?" Airynn Natrah buat muka excited.Diorang ni otak

kelentong. Diorang buat macam-macam helah untuk lepaskan diri dan cikgu pun malas nak panjangkan cerita, tutup kes."

Zarisya Nur Jannah terbayang wajah si kembar yang nakal itu. Paul, Shawn, I miss you baby.Ehem, Ian apa pulak cerita

dia?" Zara Ezalea Amira angkat kening. Zarisya Nur Jannah tersenyum. Mukanya memerah. Malu.Adzril Adzrian bin

Badrul." Zarisya Nur Jannah pejamkan matanya. Terlayar wajah kacak Adzrian di skrin imaginasi.



Tersenyum dia sendirian.Weh, mengelamun pulak minah ni." Airynn Natrah menggoncang tubuh Zarisya Nur

Jannah.Hehehe.Okey.. Okey.. Ian, dia kacak. Selain Jonathan abang Elly, Ian menjadi buruan para gadis di sekolah

aku. Student perempuan kat sekolah aku semua jelous habis dengan keakraban aku, Elly dan Michele dengan Ian. Ian

cool. Setiap yang berlaku, dia hadapi dengan tenang. Dia pembela aku. Pernah waktu aku Gred 2, aku selalu diganggu

oleh Jimmy. Pembuli di sekolah aku. Aku selalu menangis kat belakang sekolah. Macam tadi. Ian akan cari aku dan

pinjamkan bahu dia untuk aku. Lepas tu, dia akan pujuk aku dan buat aku tersenyum balik. Aku selalu tenang bila di

sisi dia. Bagi aku, selain papa, Ian hero aku." Zarisya Nur Jannah berubah wajah. Rasa rindu teramat pada Adzrian

dan papa silih berganti.



Sya, jangan sedih. Kami semua akan gantikan kawan-kawan kau yang jauh tu." Zara Ezalea Amira dan Airynn Natrah

memeluk erat Zarisya Nur Jannah. Zarisya Nur Jannah sekadar terseyum. Bersyukur kerana selalu mendapat teman terbaik

dan terhebat.Hari berlalu pantas. Zarisya Nur Jannah semakin sebati dengan suasana kampung dan Malaysia.

Persahabatannya dengan Zara, Ryn, Kri, Epol dan Fird semakin bertaut erat. Hanya kebahagiaan menyelimuti hidup

Zarisya Nur Jannah. Senyum dan tawa sentiasa menghiasai wajahnya. Zarisya membesar menjadi anak gadis yang cantik

dan sempurna. Menjadi idaman para jejaka kampung.Selamat hari lahir Sya. Dah besar cucu atok." Encik Amran mencium

dahi Zarisya Nur Jannah. Zarisya Nur Jannah hanya tersenyum.Peewit, dah 18 tahun dah umur member aku ni. Dah boleh

kahwin dah. Hahaha." Dhani Firdaus mengusik.



Fird, hang ni kan. Hang kahwin la dulu. Wuek." Zarisya Nur Jannah menunjuk penumbuk pada Dhani Firdaus.Sya, happy

birthday." Zara ezalea Amira memeluk sahabtnya diikuti Airynn Natrah. Seketika kemudian, Hairul Syukri dan Zaiful

Zahidi tiba dengan kek coklat sambil menyanyi lagu happy birthday khas untuk Zarisya Nur Jannah. Zarisya Nur Jannah

tersenyum. Terharu dengan ingatan kawan-kawannya tentang hari lahirnya.Sya, ada hadiah untuk hang ni.Dhani Firdaus

menjerit dari luar. Sebuah bungkusan besar dipegang. Kelibat pakcik posmen semakin menjauh pergi.Wo, dari London lah

Sya." Hairul Syukri tayang muka teruja.Aku buka ye.Zarisya Nur Jannah tersengeh. Yes!! Yes!! Ingat jugak member-

member aku kat London hari lahir aku. Ligat tangan Zarisya Nur Jannah mengoyak kertas berbunga kecil yang membaluti

sebuah kotak. Sekeping kad jatuh ke riba nya. Gambar teddy bear bersama sebiji kek coklat sambil tersengeh comel

menghiasai permukaan kad. Zarisya Nur Jannah mula membaca catatan di dalam kad tersebut.Dear Zarisya Nur Jannah..



Happy birthday sweetheart. Dah besar dah sayang aku ni. Jadi anak gadis yang baik dan ayu ye. Tunggu aku datang

meminang kau. Hahaha. Juz kidding babe. Hope you are fine there. with ur grandpa and lovely new friends. Aku kat

sini selalu rindukan kau.

With love,Adzril



Adzrian Badrul

Hey Sya, happy birthday babe.Jangan lupakan aku!! Semoga panjang umur dan murah rezeki.Rindu kau sangat-

sangat.Michele Stephen Kakak!! Kamu dah tua sekarang ni.. Hahaha..

Happy birthday kakak aku yang cute. Dah 18 tahun kau hidup ek. Moga-moga kita akan bertemu lagi. Sayang kau

kakak.Tak lama lagi birthday aku dan Shawn pula, jangan lupa kirim hadiah. Hikhikhik.Mmmmuaah,

Paul Anderson

Selamat hari lahir kakak!!!!!!

Shawn


Anderson

Sayang, I miss u a lot..Happy birthday.. Bila kau balik London aku masakkan spaghetti untuk kau ye..

Mmmmmmuuuaaahhhh.. take care.

Elly Sorasta Juanes


Zarisya Nur Jannah mengesat air mata yang menitis di pipi. Terharu dengan ingatan kawan-kawannya di London. Rindunya

aku pada mereka Ya Allah. Ada lima bungkus hadiah dalam kotak besar itu. Satu persatu di bukanya. Yang pertama,

seekor patung beruang coklat tua tersengeh samabil memegang hati kecil dari Adzrian. Yang kedua, sehelai baby tee

warna pink dengan tulisan ADIK SAYANG KAKAK.. Di bawahnya tertulis nama Zarisya Nur Jannah. Dari Paul. Ah mamat ni,

memang kreatif. Zarisya Nur Jannah tahu ini hasil tangan Paul. Hadiah ketiga, sebiji bola kristal. Di dalamnya ada

serbuk putih seperti salji dan sekeping foto kecil gambar Zarisya Nur Jannah dan Michele. Zarisya Nur Jannah

tersenyum. Elly menghadiakan Zarisya Nur Jannah seutas gelang perak yang terukir nama Zarisya Nur Jannah. Akhir

sekali, dari Shawn. Album gambar yang dibuat sendiri. Bertemakan pink hitam. Gambar-gambar Zarisya dan sahabatnya

sejak tahun pertama persahabatan mereka. So sweet. Thanks Shawn.



Sya,tak mau lah sedih-sedih. Senyum sikit." Zaiful Zahidi memujuk.Mana ada aku sedih. Terharu je." Zarisya Nur

Jannah tersenyum. Cuba menutup kesedihan di wajah.Macam ni lah kawan aku.Zaiful Zahidi tayang gigi.Jom makan." Dhani

Firdaus mencapai pinggan dan mengambil sepotong kek. Dengan lahap dia makan kek itu. Memang kuat makan. Yang lain

hanya ketawa.


MAMA..PAPA..THANKS FOR EVERYTHING



Masa berlalu pantas sekali. Terasa seperti baru semalam mama dan papa pergi meninggalkan aku. Masih terasa hangat

pelukan mama dan panas kucupan papa. Masih terngiang bisikan sayang mama dan jeritan sayang papa buat aku. Mama dan

papa, terlalu banyak memori indah yang tercipta hingga buatkan Sya hanya mampu tersenyum saat memori itu terlayar

kembali di ruang mata. Mama dan papa, Sya redhai pemergian kalian meninggalkan Sya. Terima kasih buat mama kerana

sudi melahirkan Sya. Papa, thanks for raise me with lot of love. Sya akan sentiasa merindui kalian. Harap kita akan

bertemu lagi di syurga Allah.Aku telah lalui banyak kesedihan dan kesakitan yang teramat. Terpaksa pulang ke

Malaysia, berpisah dengan sahabat baikku dan kehilangan mama dan papa sekelip mata cukup menjadikan aku insane yang

teramat lemah. Satu saat, aku terduduk dan hanya mamapu menangis. Aku tak mamapu bangun melalui hari yang aku rasa

amat sukar tanpa insan-insan yang amat aku sayangi. Tapi Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Aku kehilangan mama

dan papa namun aku digantikan dengan seorang atok yang amat mengasihi dan menyayangiku. Atok, Sya sayang atok.

Terima kasih kerana sudi menjaga Sya. Pengorbanan atok demi diri Sya terlalu banyak hinggakan terkadang Sya terasa

seperti Sya membebankan atok.



Aku kehilangan Michele dan Elly, tapi saat aku merindui mereka, hadir Zara dan Rynn menyerikan hidup aku. Sahabat,

kalian memang terhebat. Saat aku menangis kehilangan Ian, Epol datang sambil tersenyum. Hero aku, thanks kerana sudi

melindungi aku. Bila aku merindui lawak dan jenaka si kembar Shawn dan Paul, Kri dan Fird datang membawa senyuman

dan tawa buat aku. Korang memang badut aku lah. Hahaha. Thanks kawan. Shabat aku adalah yang terhebat. Sahabat

sejati yang sukar dicari. Terima kasih Ya Allah, kerana telah haidrkan insane-insan yang tak pernah jemu memberi

kekuatan dan semangat buat aku meneruskan kehidupan ini. Benar kata Elly, setiap dugaan yang kita terpaksa lalui

memang menyakitkan namun dalam sakit itu, aka nada kebahagiaan yang setia menanti. Kini, kebahagiaan itu telah aku

temui. Di sini, di samping atok dan sahabat-sahabatku yang tak jemu menyerikan hidup aku. Juga bersama sahabat ku di

London yang tak pernah putus menghadirkan senyuman buat aku.Esok, aku bakal menempuhi sebuah alam yang lain. Ya, aku

bakal menjadi seorang isteri kepada lelaki yang membuktikan cinta sejati itu wujud kepada ku. Syang, terima kasih

kerana mencintai saya. I love you so much.Mama, papa.. Doakan Sya bahagia.


Doakan moga Sya menjadi isteri solehah seperti mana mama menjadi isteri solehah buat papa. Mama, doakan Sya akan

melahirkan keturunan yang baik-baik sebagai penyambung keturunana mama dan papa. Dan doakan semoga bakal suami Sya

menjadi suami terhebat seperti mana papa menjadi suami terhebat buat mama.



TAMAT


Zarisya Nur Jannah tersenyum. Laptop dihadapannya ditutup. Hatinya penuh kegembiraan. Hidupnya kini hanya dipenuhi

dengan bunga-bunga bahagia. Semoga kebahagiaan ni kekal selamanya.Aku nikahkan dikau Adzril Adzrian bin Badrul

dengan Zarisya Nur Jannah binti Zarihin Shawn dengan mas kahwin RM520.00 tunai.Aku terima nikahnya Zarisya Nur

Jannah bin Zarihin Sj\\hawn dengan mas kahwin RM520.00 tunai..

Sah?

Sah..

Alhamdulillah..Sayang, kan mama dah cakap, jangan main tepi kolam tu.Zarisya Nur Jannah menjerit. Adzar Zafiq hanya

menundukkan wajah. Zarynn Balqis turut terkelu. Kolam mata mula bergenang.Sweetheart, kenapa terjerit-jerit pagi-

pagi buta ni?" Adzrian yang baru datang dari dapur memeluk erat belakang isteri tersayang. Dicium pipi gebu

isterinya.Hish awak ni, depan anak-anak pun nak romantik segala. Malu.


Zarisya Nur Jannah meleraikan pelukan suaminya.Kenapa anak teruna dengan anak dara awak tu?" Adzrian merenung wajah

puterinya yang hampir menangis. Segera dia mendapatkan anak-anaknya yang masih kaku di tepi kolam.Kenapa sayang papa

ni?" Diambil Zarynn Balqis ke dalam dukungannya. Dicium pipi gebu puterinya.Abang, kenapa mama marah-marah? Adik

nakal ye.." Adzrian meltakkan kembali Zarynn BAlqis ke bawah dan duduk mencangkung antara kedua anaknya.Awak

manjakan lagi anak-anak awak tu. Kata saya langsung tak nak dengar." Zarisya Nur Jannah memeluk tubuh. Mukanya

masam.Tengok, mama dah merajuk dah. Abang dengan adik kena pujuk mama." Adzrian berbisik di telingan anak-anaknya.

Kedua beradik itu tersengeh lalu berlari anak mendapatkan mama tersayang. Adzar Zafiq memeluk belakang mamnya

manakala Zarynn Balqis memeluk depan mamanya.



Mama, I’m sorry.." Serentak kedua beradik itu berkata. Zarisya Nur Jannah mengawal senyum. Tersentuh hatinya dengan

perlakuan si anak.Mama, Zayin ayang mama." Si comel Zarynn Balqis mengeratkan pelukan pada mamanya.Abang pun ayang

mama." Adzar Zafiq menarik tangan mamanya dan mencium. Ada titis air mata yang jatuh. Adzril Adzrian yang melihat

hanya tersenyum. Wahai anakku, jadilah anak-anak yang baik buat mama dan papa.Yea, mama pun sayang anak-anak mama."

Zarisya Nur Jannah membalas pelukan anak-anaknya. Azdril Adzrian mendukung Adzar Zafiq. Zarynn Balqis sibuk menyuruh

mamanya mendukungnya juga sambil mulut berceloteh dalam bahasanya. Adrzril Adzrian dan Zarisya Nur Jannah menarik

segaris senyum. Bahagia dengan anugerah yang Allah berikan pada mereka. Sepasang kembar yang comel dan petah

berkata0kata. Ya Allah, kekalkanlah kebahagiaan ini. Doa Zarisya Nur Jannah di dalam hati.Siapa nak tolong mama buat

kek coklat?" Zarisya Nur Jannah menyoal. Pantas si kembar mengangkat tangan. Lalu mereka sekeluarga masuk ke rumah

sambil bergurau senda. Kebahagiaan inilah yang sebenarnya dicari oleh Zarisya Nur Jannah. KAlau tidak kerana papa

berkeras untuk menghantarnya pulang ke Malaysia, pasti dia masih terkial mencari erti hidup. Mencari sinar bahagia.

PAsti dia msih menjadi anak manja yang hanya mengharapkan bantuan orang. Thanks papa. Keranamu Sya membesar sebagai

anak gadis yang berdikari dan tabah. Bahagialah mama dan papa di sana. Amin..