Ada pengalaman yang ingin saya kongsi bersama. Sekarang saya bertugas di bahagian O&G di hospital tentera di Makassar. Selama 2 minggu ni saya kerja malam. Alhamdulillah setakat ini, saya sudah bantu 5 orang ibu bersalin dan alhamdulillah semuanya selamat.Dua malam lepas, ada 3 ibu nak bersalin. Alhamdulillah bayi pertama saya sambut jam 8 malam. Bayi kedua disambut oleh kawan saya yang sama-sama bertugas di situ. kebetulan doktor muda yg bertugas disitu ada 7 orang. Hanya saya dan Dessy sahaja yang dibenarkan untuk membantu ibu melahirkan, dari sambut bayi lahir, plasenta, potong tali pusat, sampai jahit luka di jalan lahir ibu yang terkoyak kerana kami berdua dah ikut latihan bantu persalinan sebelum ini.Masih ada seorang ibu yang belum bersalin malam tu di bilik bersalin. Tapi saya lihat belum ada tanda-tanda yang ia akan bersalin dalam waktu terdekat. Jadi saya tinggalkan ibu itu di bawah pengawasan bidan. Saya dan Dessy masuk ke bilik doktor jam 1 pagi. Baru saja nak lelapkan mata, tiba2 pintu bilik diketuk org."Doc, ada ibu mau melahirkan.. "
Dengan mata yg mengantuk, saya dan Dessy bangun menuju ke bilik bersalin. Sebaik sahaja sampai di sana , saya terkejut, selaput ketuban ibunya sudah menonjol keluar dari jalan lahir. Dengan kalut saya siapkan alat dan pakai sarung tangan. Dengan 1 kali tusukan, selaput ketubannya pecah dan tak lama kemudian muncul kepala bayi.Dengan his yg cukup, dan kekuatan ibu meneran, maka jam 2 pagi lahirlah bayi lelaki dengan berat bdn 2100 gram. Alhamdulillah semuanya selamat. Waktu menjahit luka, saya terlihat ibu wanita tadi baru tiba di wad bersalin. Saya bertanya , mana suaminya? Ibu wanita td tiba-tiba emosi dan berkata, "Doc, anakku ini baru kuliah". Saya ulang soalan yg sama, "Ibu, di mana suami anak ta?" Ibunya hanya diam. Kemudian bidan meminta mak cik tadi tunggu di luar.Saya pun rasa pelik, wanita ni datang ke hospital cuma dihantar oleh 3org kawannya. Tak ada suami dan keluarganya yg datang. Maknya pun datang lambat. Akhirnya saya tanya wanita itu sendiri, "mana suaminya?" Dengan lemah dia menjawab, suaminya bekerja di Palu (Suatu daerah yg jauh dari Makassar).Setelah selesai bertugas, saya keluar dari bilik bersalin. Saya lihat ada doktor senior sedang bercakap dengan Ibu wanita itu tadi. Doktor berkata, "Ibu, sy menolong anak ta atas dasar kemanusiaan. Selebihnya itu urusan keluarga ta. Kita selesaikan mi baik-baik. Saya nda mau ikut campur masalah keluarga ta". Mak Cik itu hanya mengangguk. Sambil itu, ada juga 2 orang tentera yang bersama-sama Mak Cik tersebut di situ. Salah seorang tentera tersebut menandatangani satu surat tanggungjawab.
telah lama persoalan demi persoalan timbul di benak fikiran saya, saya berjumpa dan bertanya pada seorang bidan yang bertugas di situ. Akhirnya saya mendapat tahu cerita sebenar. Wanita tadi (yang berumur 20 tahun) adalah merupakan seorang pelajar di Universiti negeri di Makassar. Dia hamil di luar nikah. Tentera yang menandatangani surat tanggungjawab tadi sebenarnya ingin mengambil bayi wanita itu untuk dijadikan anak angkat.Tidak lama kemudian , ada lagi ibu nak bersalin. Sehingga subuh saya tak tidur. Setelah subuh, seorang doktor senior meminta saya menelefon lab untuk mengambil keputusan hasil pemeriksaan hemoglobin, 2 jam setelah ibu-ibu bersalin. Sewaktu saya melihat status ibu yang melahirkan anak luar nikah tersebut, sy terkejut. Lelaki yang menandatangani surat tanggungjawab ke atas bayi itu seorang tentera yang beragama Kristian!!Saya segera berjumpa dengan ibu tadi. Saya bertanya, "Ibu, kita tau ji siapa yg kita mau kasi anak ta itu?" Dia menyatakan yang itu Pak Ciknya. Saya tahu dia berbohong. "Ibu kita tau ji apa agamanya?" Wanita itu hanya diam. "Doc, nanti pi sy tnya sepupuku"Tak lama kemudian, sepupu wanita itu datang. Saya memanggil sepupunya keluar bilik. Saya cakap, "Mbak, kita tau ngak siapa yg mau ambil bayinya?" "Doc, saya kurang tau kerana saya baru tiba pagi ini".Akhirnya saya mendapat berita dari bidan yang sama yang wanita itu tinggal serumah dengan Maknya. Tapi mak dia tak tahu dia hamil sebab perut dia kecil. Sewaktu dia sakit nak bersalin malam itu, barulah mak dia tahu yang dia hamil. Mak dia sangat marah. Tapi apa yang boleh dibuat. Nasi sudah menjadi bubur.Sewaktu kawan-kawan wanita itu tiba di hadapan pintu masuk hospital, kebetulan bapak tentera yg beragama Kristian itu bertugas di situ. Dia tahu ceritanya. Jadi dia nak ambil baby tu jadi anak angkat sebab dia tidak ada anak. Dia yang bantu hantar wanita tersebut sampai ke wad bersalin dan tandatangan surat tanggungjawaban ke atas bayi dan biaya hospital.Wanita ini Muslim. Saya terus ke tempat wanita itu tadi. Saya cakap, "Ibu, kita ini udah bikin dosa dengan berzina. Tapi syukurlah kita tak gugurkan anak ta. Tapi sekarang jangan kita tambah dosa ta dengan kasi anak ta pada orang yang bukan Islam" "Tapi ndak ada keluargaku yang mau itu bayi. Mamaku juga tak mau jaga dia. Saya masih kuliah".Saya pun mati akal juga nak buat macam mana. "Ibu, daripada kita kasi anak ta pada bapak Kristian itu, biar mi saya aja yang jaga bayi ta" Tapi jauh dalam hati saya, kalau saya jadikan bayi tu anak agkat, apa kata orang pula. Saya belum menikah, bulan 6 ni dah grad. Pastu balik Malaysia. Takkan nak bawa baby tu sekali kot. Nanti jiran-jiran kata apa? Mesti orang ingat selama saya kat Indonesia ni, saya bersalin anak luar nikah jugak. Nauzubillah!
Tapi kalau saya setuju nak ambil bayi itu, tak mudah saya nak bagi pada orang lain jaga. Tak pasal-pasal saya dituduh jual baby pulak. Saya pun sibuk kat hospital. Siapa yang nak jaga baby kalau saya kerja di hospital? Tapi kalau saya tak sukarela nak ambil bayi itu, pasti bapak tentera Kristian tadi tu yg ambil. Baby tu mak dia Muslim. Tak pasal-pasal dia kena ubah agama ikut Kristian. Pening jugak dibuatnya.Tiba-tiba datang jiran wanita ni. Sepupu dia cakap jiran tu ada kenalan org Islam yang nak jaga baby tu. Diorang takde anak. Mereka dah cuba hubungi keluarga muslim tu. Alhamdulillah. Saya tarik nafas lega. Pagi tu sy tenang hati bawa motor balik rumah. Walaupun penat dan tak tidur semalaman, saya puas kerana dapat membantu kelahiran 3 orang bayi (2 perempuan, 1 lelaki).
Malam itu, seharian saya tidur kerana penat sangat.Malam tadi jam 7 pm, saya datang ke hospital tentera untuk bertugas. Di tengah jalan, saya jumpa bidan yg sama-sama bertugas dengan saya malam tadi. Saya tanya bidan tu, jadi ke family Muslim tu ambil baby tu? Bidan tu cakap, "Ndak jadi mi doc. Bapak tentera itu udah ambil mi bayinya. Udah urus semua dokumen", kata bidan tu kesal. Saya terkejut besar!! Saya tanya apakah wanita itu masih di hospital kerana saya nak pujuk dia lagi supaya tak bagi anaknya pada orang Kristian itu. Tapi bidan tu cakap wanita tu dah pulang paksa.Saya minta izin masuk ke bilik bayi untuk melihat bayi itu. Bayi tu masih ada dalam inkubator kerana lahir tak cukup berat badan. Bayinya sihat, comel sangat. Masa tu dia tengah tidur. Saya pegang jarinya. Saya tak kuasa tahan airmata melihat baby tersebut. Dia tak salah apa-apa. Tiba-tiba baby tu terjaga dan jari-jari kecilnya menggenggam erat jari saya. Dia membuka matanya. Dia tengok saya. Airmata saya bertambah deras mengalir. Di depan saya ada seorang bayi lelaki, bayi dari rahim seorang ibu yg Muslim. Tapi nanti dia akan diambil dan dibesarkan oleh seorang tentera yang beragama Kristian. Apa agama bayi ini kelak?? Saya kesal tak dapat berbuat apa-apa. Andai saya tahu bayi ni akan diserahkan kepada orang Kristian tu, mungkin saya akan bermati-matian mempertahankan bayi ini. Tapi sudah terlambat. Semua dokumen sudah diurus dan ditandatangani oleh ibunya. Saya juga tak tahu kenapa bayi ni tak jadi diserahkan kepada keluarga muslim jirannya itu.
Saya hanya bisa membisikkan iqomah pada telinga bayi tu kerana saya tahu belum ada yang mengazankannya sejak dia dilahirkan. Saya kucup dahi baby tu beberapa kali dan serahkan semuanya pada Allah SWT. Sesungguhnya saya sudah berusaha. Hanya doa yang bisa saya kirimkan supaya baby itu akan dipelihara aqidahnya oleh Allah kerana Allah lebih berkuasa atas segala-galanya.Doakan semoga Allah pelihara keimanan kita semua dan seluruh ummat Islam. Ameen Ya Rabbal 'Alamin!Salam jihad dari Makassar.
NURUL HUSNA MANSHOR
ex-KISAS SPM 1999
Final YearMedical Faculty
Hasanuddin UniversityMakassar,
South SulawesiIndonesia
No comments:
Post a Comment